5 Tempat di Malaysia Yang Wajib Dilawati oleh Instafamous

Ada akaun instagram yang popular disebabkan isi kandungan yang bagus. Contohnya kandungan motivasi, ceramah, nasihat atau ajar cara buat sesuatu (eg; cara memasak, cara melukis)
Ada juga akaun yang popular sebab gambar-gambarnya menarik. Gambar tempat percutian yang cantik, gambar hotel, gambar kapal terbang dan macam-macam lagi.
Ada beberapa tempat yang saya rasa sangat sesuai untuk para instafamous ni bergambar dan cantikkan lagi akaun masing-masing. Tempat-tempat ni sangat cantik hinggakan kalau pelancong asing datang, mesti akan bergambar di tempat-tempat ni.
1 – Menara Berkembar Petronas (KLCC)
Anda boleh naik ke skybridge menara tersebut yang terletak di antara tingkat 41 dan 42 . Bagi warganegara Malaysia, tiket berharga RM28 untuk dewasa dan RM14 untuk kanak-kanak. Dibuka setiap hari kecuali Isnin dan cuti umum.

2 – Pulau Perhentian Kecil
Sangat sesuai untuk golongan muda sebab malam ada nightlife, iaitu pertunjukan fireshow. Ada pertunjukan muzik. Memandangkan saiz yang kecil, semua tempat kita boleh sampai dengan berjalan kaki sahaja. Sebolehnya pilihlah chalet atau resort di kawasan Long Beach. Pantai pun jernih airnya.

Pantai di Long Beach memang jernih dan biru. Mandi di jeti pun seronok.
3 – Genting Highland

Genting Highland ni dekat ja dengan KL dan Selangor. Lebih kurang 1 jam drive. Bahkan naik bas pun boleh kalau dari KL Sentral.
Dulunya Genting Highland ni kecil. Selepas major renovation and reconstruction, sekarang dah ada shopping mall dan taman tema yang baru di puncak Genting Highland. Dulu taman tema ni outdoor. Sekarang dibuat dalam mall. Mungkin bertujuan untuk atasi masalah hujan. Kalau dulu hujan, rugi lah business tak boleh running. Bila dah jadi indoor, hujan atau ribut kat luar pun, pelancong masih boleh main permainan dalam taman tema tu. Taman tema ni dibuka sehingga jam 12 malam.
Tempat menarik : Chin Swee Temple, Genting Premium Outlet, Resort World Genting, 20th Century Fox World Malaysia (taman tema).
*Dan mengikut update terbaru, taman tema outdoor yang baru akan mula dibuka mulai Disember 2021.
Kita boleh memilih samada nak drive kereta terus ke atas puncak atau boleh parking di Genting Premium Outlet (GPO) dan kemudian naik kereta kabel untuk ke atas. GPO adalah shopping mall yang terletak di pertengahan bukit. Bukan puncak. Jadi kalau merasa nak naik kereta kabel selepas shopping, boleh naik di sini. Kebiasaannya, kereta kabel akan ditutup lewat malam. Jadi sempatlah untuk puas luangkan masa enjoy dan shopping di mall atas pula. Jadi ada 2 lah shopping mall. Satu di puncak dan satu lagi adalah GPO.
Untuk yang nak menginap di atas, ada beberapa hotel mewah. Ada hotel yang bersambung dengan taman tema dan shopping mall. Jadi pilihlah mengikut kesesuaian dan budget anda.
Tips : Saya memang sarankan untuk anda naik kereta kabel. Anda dapat lihat view yang cantik selain pengalaman yang best.
4 – Langkawi
Langkawi dahulunya popular sebagai pulau bebas cukai. Barang-barang import seperti coklat dan rokok memang sangat murah di sini. Kereta import pun sangat murah. Kata orang Langkawi, kalau menetap di Langkawi, rugilah pakai kereta buatan tempatan. Harga kereta import di Langkawi ni harganya lebih kurang 30-40% lebih murah berbanding harga di tanah besar semenanjung Malaysia sebab tak dikenakan cukai.
Untuk ke Langkawi, ada 2 cara, samada naik feri atau kapal terbang. Kalau naik feri, kebiasannya orang ramai akan memilih naik dari Kuala Perlis. Hanya mengambil masa 45 minit untuk sampai ke jeti Kuah, Langkawi. Boleh juga naik feri di Kuala Kedah dan Pulau Pinang tapi masa dalam feri akan lebih lama. Takut mabuk laut dan kebosanan.
Di Langkawi antara pantai yang popular dan meriah adalah Pantai Chenang. Hotel memang sangat banyak. Untuk sampai ke Pantai Chenang dari jeti Kuah, perjalanan ambil masa lebih kurang 30 minit dengan menaiki kereta.
Di Pantai Chenang, waktu siang dan malam meriah sebab ada banyak restoran. Tempat urut (massage) pun banyak. Shopping mall pun ada berdepan dengan Pantai Chenang.
Tersangatlah rugi jika ke Langkawi tetapi tak naik kereta kabel di Gunung Mat Cincang. Ketinggian kereta kabel ni setinggi 709 m dari paras laut. Di atas puncak gunung tersebut juga ada jambatan tergantung yang sangat sesuai untuk posing dan upload di media sosial :).
Dahulunya kita boleh beli tiket untuk naik kereta kabel sahaja, tetapi sekarang dah diubah. Kita ‘dipaksa’ beli tiket pakej. Dengan tiket tersebut kita boleh masuk muzium 3D laser dan juga menonton movie pendek dalam SkyDome. Secara total, harga sedikit mahal tetapi berbaloi.

5 – Gunung Kinabalu
Gunung Kinabalu adalah gunung tertinggi di Asia Tenggara. Sangat sesuai untuk para instafamous cuba hiking sebab konsep hiking nya adalah trekking + sedikit pendakian. Jadi untuk sampai ke puncak akan ada 2 fasa; iaitu
- Trekking dari kaki gunung ke Laban Rata
- Pendakian dari Laban Rata ke puncak
Kebiasaannya anda akan mulakan trekking jam 8 pagi. Trekking akan mengambil masa selama 5-8 jam bergantung kepada stamina.
Apabila tiba di Laban Rata anda akan berehat di resthouse. Anda akan berehat di sini sehingga jam 2 pagi, kemudian barulah akan mula mendaki ke puncak. Maka lagi awal anda tiba di resthouse Laban Rata, maka lebih banyaklah masa untuk anda berehat.
Pendakian dimulakan jam 2 pagi supaya anda boleh enjoy sunrise di puncak. Memandangkan semua orang akan memulakan pendakian pada jam yang sama iaitu 2 pagi dan laluannya berbatu, kecil dan agak curam, maka akan sedikit jem.
In total akan ambil masa 2 hari 1 malam untuk tiba di puncak.
