fbpx

Hi Assalamualaikum.

Terima kasih kerana singgah membaca di blog ini. Jika ini kali pertama anda sampai ke sini dan merasakan ada manfaat, tekanlah Ctrl-Shift-D untuk bookmark page ni 🙂

Nama saya Zainal Abidin.

Blog ini adalah sebahagian dari coretan masa lapang dan juga sebagai travel diari. Nak kata banyak sangat travel, tidaklah juga.

Kadang-kadang penulisan dibuat untuk berkongsi maklumat yang baru saya belajar atau terjumpa. Contohnya, pasal travel insurans atau pasal sejarah sesuatu tempat. Menulis membantu saya untuk lebih faham dan ingat tentang sesuatu perkara atau memori.

Sejarah

Pada pandangan saya, apabila kita tau sejarah suatu tempat, trip atau lawatan kita ke tempat tersebut akan lebih menyeronokkan sebab kita boleh merasai (feel) apa yang pernah berlaku di situ.

Itinerari

Kadang-kadang saya menulis untuk merancang next trip. Senang nanti bila nak travel, just buka balik website ni dan refer.

Mungkin akan ada juga itinerari yang saya buat, tapi belum ada kesempatan nak travel. Maklumlah kerja makan gaji ni, bukannya banyak cuti.

Azam dan Impian

Setiap kali travel, mesti akan rasa macam nak travel setiap bulan. Bila tengah travel tu rasa macam takmau balik pun ada. Biasa lah, bila travel mood kita akan happy sebab tak terfikir pasal kerja.

Backpack ke Beg Troli

Waktu zaman muda-muda dulu memang selalulah travel ala-ala backpack. Senang galas dan bawak ke merata tempat.

Tapi bila dah berkahwin ni, memang tak dapat lah nak travel secara backpack. Barang jadi banyak. Hahahaha.

Isteri merangkap travel partner

Penutup

Akhir kata, segala pandangan adalah bersifat peribadi, tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak dan tidak melibatkan mana-mana pihak secara langsung.