Bercuti ke I-City
Cuti sekolah adalah masa yang terbaik untuk ibu bapa meluangkan masa bersama anak-anak.
Kalau hari bekerja, anda hanya akan dapat meluangkan masa pada waktu lewat petang dan malam saja.
Aktiviti pula mungkin terhad hanya kepada menonton televisyen dan keluar makan. Untuk yang suka bersukan dan bersenam mungkin, anda boleh luangkan masa dengan bersenam bersama anak-anak anda.
Pada hari minggu, mungkin juga anda bawa anak-anak anda keluar berkhelah dan mandi sungai. Mungkin sempat buat percutian pendek 2 hari 1 malam ke mana-mana.
Tapi kalau pada musim cuti sekolah. Adakah anda tidak mahu bawa anak-anak anda melancong ke mana-mana? Takkan kita hendak biarkan anak-anak main game saja ketika cuti sekolah. Ini tidak sihat untuk mental dan hubungan dengan anak-anak.
Saya dulu ketika kecil sangat bersyukur kerana ayah dan emak kerap bawa melancong. Memandangkan abang dan kakak bersekolah di asrama penuh, maka di rumah hanya ada saya dan 2 orang adik (lelaki dan perempuan) dan nenek saudara.
Boleh dikatakan seluruh semenanjung kami dah sampai. Melaka, Johor, negeri pantai timur semua sudah. Pantang ada cuti sekolah, mesti pergi melancong. Dalam perjalanan pun seronok. Boleh tengok pemandangan sekeliling. Biasanya, emak akan masak dan kami bawak bekal untuk makan dalam perjalanan. Pengalaman dengan ayah, emak dan adik-adik ni suatu yang sukar nak dilupakan. Best !!
Sebenarnya pada zaman sekarang ni, melancong menjadi lebih mudah dan banyak pilihan. Sebagai contoh, zaman dulu hotel terhad. Bila terhad, harga mesti mahal. Sekarang sudah berbeza. Bukan setakat hotel, homestay pun semakin banyak. Harga mahal atau murah semuanya ada.
Kepada ibu bapa yang tiada idea ke mana hendak bawa anak bercuti, saya sarankan datanglah bercuti ke I-City, Shah Alam.
Di I-City ada taman lampu dan permainan. Lampu-lampu cantik. Memandangkan zaman sekarang ini zaman instagram dan facebook, mesti anda dan anak-anak seronok untuk ambil gambar kenangan dan upload di media sosial.
Kemasukan ke taman lampu adalah percuma. Yang berbayar adalah permainan yang seperti ferris wheel, train on the trees etc. Bayaran masih lagi munasabah dan tidak terlampau mahal. Ada juga muzium patung lilin.
Untuk tempat tidur, bolehlah menginap di kondo bersebelahan I-City. Sebuah rumah boleh memuatkan sehingga 5-6 orang dengan selesa. Kondo ini terletak betul-betul di sebelah taman lampu I-City. Hanya turun lif dan jalan kaki lebih kurang 50 m, anda akan sampai.
Untuk kaum emak-emak, kadang-kadang bila melancong ke mana-mana, nafsu hendak membeli belah tu mesti ada kan? Paling kurang pun window-shopping kan? Jangan bimbang. Betul-betul sebelah kondo tersebut ada shopping mall yang baru dibuka iaitu Central I-City.
Kalau dulu SOGO hanya ada di Jalan TAR, KL. Sekarang ada SOGO ke-2 di Shah Alam. Kondo dan Central I-City adalah bersambung dan anda boleh berjalan kaki.
Dalam Central I-City ini ada banyak juga kedai dan ada wayang. Jadi kalau hendak bawa anak-anak menonton movie adalah tersangat mudah.
Kalau bab makan janganlah terlampau bimbang. Di Shah Alam ada beratus-ratus kedai makan :).
Makanan melayu, goreng-goreng ala Thai atau mamak semuanya ada. Boleh cuba kawasan berhadapan UiTM di Seksyen 7. Atau ke kawasan berdekatan tasik Shah Alam. Jarak dari I-City hanya sekitar 500 m – 1 km.
Harga penginapan homestay di kondo I-City tidaklah terlampau mahal kerana sini banyak persaingan. Terlampau banyak rumah kosong yang tuan rumah jadikan homestay. Ianya baik kepada pelancong sebab kita ada banyak pilihan dan harga murah.
Artikel lain : 7 Tips Paling Lengkap Untuk Memilih Penginapan Homestay di I-City
Sebelum tempah atau booking mana-mana kondo di I-City, pastikan tuan rumah sediakan parking. Kebiasaannya 1 rumah 1 parking. Yang kedua, pastikan pilih rumah yang tak memerlukan deposit. Ini mudah untuk anda. Kadang-kadang tuan rumah minta kita bayar deposit (RM50 atau RM100) sebagai jaminan kad lif dan kad parking.
Tempahan atau booking adalah sangat disarankan dibuat menggunakan AirBnB. Anda boleh review dan tengok gambar rumah tersebut sebelum buat tempahan. Anda juga boleh baca komen dan review pelancong lain yang pernah menginap di rumah tersebut. Bila anda puas hati barulah anda buat tempahan.
Rumah di sini adalah sepenuhnya berhawa dingin (fully airconditioned) dan siap dengan perabot. Kadang-kadang ada rumah yang menyediakan pinggan mangkuk untuk tujuan memasak. Di sini juga ada swimming pool.
Kebiasaannya di I-City, anda boleh sewa homestay dengan harga sekitar RM100 ke RM250 satu malam untuk sebuah rumah. Kalau boleh sewa lah untuk 2 malam. Barulah rasa berbaloi perjalanan anda yang jauh selain daripada mengelakkan anda terkejar-kejar buat aktiviti di sini. Sebab banyak aktiviti yang menarik yang boleh anda dan anak-anak anda lakukan di sini.
Jika anda belum ada akaun AirBnB, dan anda ingin dapatkan diskaun sewa homestay di sini. Gunakan link ini untuk mendaftar akaun. KLIK. Anda boleh dapatkan diskaun sehingga RM127 untuk penginapan anda.
Contohnya, harga homestay anda untuk 2 malam adalah RM350. Dengan mendaftar dan membuat tempahan menggunakan akaun yang didaftar menggunakan link tersebut, anda hanya perlu bayar RM (350-120) = RM 230. Anda jimat lebih daripada 33%.
Kenapa perlu bayar lebih untuk homestay dan bilik yang sama kan? Ini adalah konsep referral (perujuk) yang diperkenalkan oleh AirBnB untuk menggalakkan orang ramai menggunakan website dan apps mereka. Jika anda sudah ada akaun, anda tidak akan layak untuk mendapatkan diskaun/rebat tersebut. Jangan bimbang, anda boleh daftar satu lagi akaun menggunakan details isteri anda.
Jangan lupa klink link di sini untuk mendaftar.
Semoga percutian anda ke sini mampu memberikan keriangan dan keseronokan kepada anda dan anak-anak anda.
Selamat bercuti.