7 Tips Paling Lengkap Untuk Memilih Penginapan Homestay di I-City
Sejak kebelakangan ini, homestay menjadi pilihan pelancong sebagai tempat penginapan. Tidak kisah lah samada pelancong itu datang dari dalam dan luar negara, homestay kini menjadi pilihan semua. Dan ianya berkembang pesat menjadi antara pemain industri pelancongan paling agresif.
Faktor utama para pelancong memilih homestay sebagai tempat penginapan berbanding hotel adalah kerana harga yang lebih menjimatkan serta ruang yang lebih luas.
Dari segi pengalaman peribadi, homestay di I-City menawarkan pengalaman dan harga paling kompetitif dibandingkan dengan homestay di tempat lain di seluruh Kuala Lumpur dan Selangor.
Homestay di I-City menawarkan rumah berbentuk kondominium dengan fasiliti seperti gymnasium dan kolam renang.
Terdapat shopping mall yang baru iaitu Central I-City terletak betul-betul bersebelahan dengan kondominum I-City. Anda boleh berjalan kaki ke shopping mall tersebut. Kemudahan tempat makan 24 jam dan kedai serbaneka 24 jam seperti 7-Eleven dan MyNews memberikan lagi keselesaan kepada anda.
Taman tema lampu di I-City pula memang menarik untuk aktiviti dengan anak-anak dan keluarga.
Kalau hendak tahu kenapa I-City perlu ada dalam diari percutian anda, baca di sini.
Terdapat hampir ratusan rumah di I-City yang dijadikan sebagai homestay. Persaingan yang sangat sengit menjadikan harga sewa homestay menjadi murah dan berpatutan. Ini baik untuk pelancong yang tak kaya seperti kita.
Untuk memilih rumah homestay di sini, terdapat banyak platform yang boleh digunapakai. Antara yang paling popular adalah AirBnB. Di sini anda boleh lihat harga, gambar dan review untuk sesuatu unit homestay.
Tidak semua homestay menawarkan kemudahan yang sama. Ada yang murah tetapi kemudahannya baik. Ada juga yang mahal tetapi kemudahannya teruk.
Terdapat beberapa tips yang anda boleh guna pakai sekiranya ingin memilih unit rumah sebagai homestay untuk percutian anda.
TIPS 1 : PARKING
Pilih rumah yang menyediakan parking. Kebiasaannya setiap rumah disediakan satu parking. Namun kebelakangan ini, banyak juga rumah homestay di sini yang sudah tidak lagi menyediakan parking. Jika tidak disediakan, anda harus bayar parking sendiri. Dan harganya boleh mencecah sehingga RM20 sehari semalam.
Jika tuan rumah menyediakan parking, anda diberi kebebasan untuk memilih mana-mana level untuk parking; P1 atau GM.
Jika tidak disediakan parking, anda harus bayar parking melalui machine yang terletak di tingkat P2, P3 dan P4.
(Memandangkan saya memang stay di sini, kerap jugalah terserempak dengan keluarga dan pelancong yang bertanya tentang parking di sini. Ada yang tanya harga parking mahal tak untuk parking semalaman. Ada juga yang bertanya kalau ada parking alternatif di sekitar I-City. Untuk pengetahuan anda, di I-City anda tak boleh parking di luar pagar kondominium macam di kebanyakan kondominium dan apartment lain. Bukan setakat parking, berhenti sekejap pun akan ada guard yang akan datang dan halau kalau kita).
TIPS 2 : PASTIKAN HARGA RUMAH TERMASUK HARGA CLEANING
Ketika anda buat ‘Search’ di AirBnB, anda akan melihat harga rumah yang sangat murah. Semurah RM60 untuk satu malam. Anda harus berhati-hati kerana itu bukanlah harga muktamad. Tuan rumah sengaja meletakkan harga sebegitu untuk mengumpan anda melihat rumah mereka.
Harga muktamad adalah apabila anda sudah menekan booking, harga asal tadi akan ditambah dengan harga ‘cleaning’ (cuci rumah) dan caj servis.
Ada tuan rumah yang meletakkan harga yang murah, contohnya RM60 untuk sewa, tapi tuan rumah akan mark-up di cleaning services.
Ada rumah yang letak harga sewa RM90 tapi mark-up cleaning service nya murah. Jadi, harga akan lebih kurang juga dengan rumah yang bernilai RM60 tadi.
Jadi anggaran harga rumah di sini adalah sekitar RM110-RM200 untuk satu malam.
TIPS 3: RUMAH BERBALKONI
Pilih rumah yang ada balkoni.
Ada 3 sebab :
- Boleh lihat view/pemandangan yang cantik.
- Untuk perokok memang wajar anda pertimbangkan perkara ni. Takkanlah anda hendak biar keluarga dan rakan anda sedut asap rokok yang berkepuk dalam rumah.
- Di sini, walaupun blok yang sama, tapi design/reka bentuk rumah adalah berbeza. Contohnya reka bentuk rumah di tingkat 13 dan 17 tidak semestinya sama. Rumah yang tidak berbalkoni biasanya adalah lebih kecil berbanding yang ada balkoni.
TIPS 4 : NO-DEPOSIT
Pilih rumah yang tidak memerlukan anda memberikan deposit. Untuk pengetahuan anda, rumah di sini semuanya menggunakan sistem keselamatan 3-tier iaitu anda harus menggunakan kad untuk masuk ke parking, masuk ke kawasan lif dan untuk tekan butang naik lif.
Ada sesetengah tuan rumah meminta RM50 atau RM100 sebagai deposit kad parking dan lif tersebut. Walaupun dalam hampir semua kes, deposit tersebut dipulangkan, namun ada ulasan dari penyewa yang mengatakan deposit mereka tidak diberikan semula oleh tuan rumah walaupun sudah hampir sebulan check-out.
Dengan access card yang diberikan, anda hanya dibenarkan untuk pergi ke 4 tingkat saja iaitu :
- Tingkat di mana rumah homestay anda berada,
- Tingkat UG (di mana 7-eleven, dobi, kedai makan serta access ke shopping mall atau taman lampu-lampu),
- Tingkat di mana fasiliti seperti swimming pool dan gym berada
- Tingkat 1 (bowling, go-kart, dobi)
TIPS 5 : MINTA UNTUK CHECK-IN AWAL
Check-in adalah pada pukul 3 petang. Namun ada tuan rumah yang memberi kebenaran untuk anda check-in awal. Jadi tidak rugi jika anda bertanya. Anda boleh masuk ke rumah dan beristirehat lebih awal. Check-out pula adalah pukul 12 tengah hari. Kadang-kadang tuan rumah berikan kebenaran untuk check-out lewat sikit, sehingga jam 1 petang.
Kebiasaanya, rumah di sini menyediakan konsep self-check in, iaitu anda kena ambil sendiri kunci dan access card di peti surat (mail box). Tuan rumah akan berikan password untuk buka kunci mail box tersebut.
Anda harus tanyakan tuan rumah anda blok homestay anda kerana di sini setiap blok ada mail box sendiri. Dan di sini ada banyak blok. Paling mudah anda boleh tanyakan kepada Guard di mana terletaknya mail box untuk blok anda.
TIPS 6 : PERALATAN ASAS UNTUK MEMASAK
Jika anda ingin memasak atau menghangatkan makanan, pastikan anda memilih rumah yang menyediakan peralatan memasak. Tidak semua menyediakan peralatan asas seperti senduk dan periuk. Namun hampir semua rumah menyediakan pinggan mangkuk, cawan, sudu dan garpu.
Rumah di sini juga semuanya dilengkapi dengan dapur elektrik. Dan dilengkapi dengan mesin basuh. Cuma kadang-kadang tuan rumah cabut plug dan tidak benarkan kita untuk guna dapur dan mesin basuh tersebut.
Untuk kepastian anda DM dan tanya terus kepada tuan rumah.
TIPS 7 : JANGAN TERSALAH PILIH APARTMENT YANG BERDEKATAN
Jangan salah pilih homestay. Jika anda merancang untuk tinggal di I-City, pastikan anda memilih homestay yang terletak di I-City. Bukan apartment yang berdekatan. Kerana ada beberapa apartment dan rumah pangsa lain yang sangat berhampiran dengan I-City. Takut anda tersalah pilih.
KESIMPULAN
Pastikan anda buat perancangan yang sebaiknya sebelum datang ke sini. Sekiranya anda datang ketika musim cuti sekolah atau hujung tahun, anda harus menempah awal kerana homestay di sini cepat sold-out.
Untuk anda yang belum ada akaun AirBnB, anda boleh mendaftar menggunakan LINK INI. KLIK di sini.
Dengan mendaftar menggunakan link tersebut, anda diberi RM127 oleh pihak Airbnb untuk membuat tempahan pertama homestay anda dengan syarat jumlah keseluruhan adalah RM280. Sebagai contoh, sekiranya anda menyewa 2 malam dengan harga keseluruhan RM300. Anda hanya perlu bayar RM (300-127) = RM 163 sahaja. Untung bukan?
Konsep ini diperkenalkan oleh pihak AirBnB untuk menggalakkan orang ramai menggunakan platform mereka untuk membuat tempahan. Jangan lupa daftar menggunakan link ini.
nizam
Hi
Terima Kasih share tips ni. Point pasal deposit tu yg buat risau. Kadang harga murah, tp die request deposit. Kene carik yg x amik deposit utk elak last minit kite kene cancel dsbnya..
Zainal Abidin
Ya betul. In fact kadang2 harga murah tu untuk pancing ja. Dia tak letak harga total. Harga total adalah plus cleaning service. Ada owner letak harga cleaning sampai RM45.