Pengalaman Naik “Teksi Putih” di London Akibat Mogok

Di kebanyakan negara, kereta yang digunakan untuk teksi adalah kereta biasa yang dilabel atau diwarnakan sebagai teksi. Di London, bentuk teksinya unik dan agak berbeza. Dalam filem atau drama Inggeris, banyak ditonjolkan teksi ini. Ianya dah jadi semacam signature bandar London. Kebiasaannya teksi ini berwarna hitam, dikenali sebagai “Black Taxi or Black Cab”. Ketika di London, saya sempat naik dan merasa pengalaman naik teksi tapi bukanlah naik “Black Cab” sebab teksi yang saya naik ini warnanya putih. Bentuk sama macam Black Cab. Jadi saya rasa “White Cab” lah namanya.

Mogok
Nak dijadikan cerita, sewaktu saya melawat London, bukan saja di London, malah hampir semua bandar besar di Eropah berlakunya mogok secara besar-besaran oleh pekerja di sektor pengangkutan awam.
Bukan setakat kereta api, bahkan jadual penerbangan pun terkesan. EasyJet antara syarikat penerbangan yang terpaksa reschedule penerbangannya. Nasib baiklah flight saya dari London ke Swiss tak kena reschedule. Alhamdulillah.
Malam terakhir saya di London, sebelum tidur tu saya Google lah dulu cara untuk ke Airport Gatwick sebab flight saya ke Swiss adalah dari Gatwick.
Guna Google Map ni sangatlah memudahkan urusan kita untuk travel. Taip ja apa lokasi yang kita nak pergi, Google akan suggest stesen metro mana, metro train nombor berapa, pukul berapa train akan datang, harga tiket berapa. Semuanya lengkap.
Tottenham Court Road
Sejurus selepas check-out, terus saya dan isteri bergegas ke stesen Tottenham Court Road. Stesen ini terletak 200 m dari hotel dan merupakan yang paling dekat dengan hotel yang kami stay iaitu St. Giles Hotel London.
Jika anda ke London, saya suggest untuk anda stay di hotel ini atau hotel sekitar sini. Primark terletak lebih kurang 200 m dari hotel dan Sainsbury’s pula 50 m. Jadi nak shopping pun mudah dan nak beli makanan di supermarket pun dekat.
Bila sampai ke stesen, terkejut apabila pintu grill stesen berkunci. Grill bahkan dirantai. Tutup terus. Maknanya, pekerja stesen mogok sampai tutup terus perkhidmatan metro pada hari tersebut.
Jam dah menunjukkan pukul 12 tengah hari. Flight kami ke Geneva, Swiss pukul 5 petang. Next plan adalah kami berpatah balik ke lobi hotel.

Uber
Sekarang ni ada 2 pilihan; teksi atau Uber.
Definitely lah saya pilih Uber sebab boleh order guna apps. Harga fix dan kita pun dah tau beapa harganya. Dan kita pun boleh bayar online atau guna credit card.
Sebenarnya semalam saya dah survey harga Uber. Sekitar RM350 untuk perjalanan ke airport Gatwick. Akan ambil masa 1 jam 15 minit.
Pejam mata. Terpaksa order juga. Kalau naik metro, sepatutnya kos untuk 2 orang hanya RM100. Perbezaan sebanyak RM250 tu jumlah yang besar bagi kami. Takpa lah. Dah memang tak ada pilihan lain.
Saya cuba order Uber, tapi payment credit card CIMB tak lepas. Pelik. Lepas tu saya tukar guna Ambank. Tak lepas juga. Bertambah pelik. Nak kata saya tak activate untuk penggunaan luar negara, mustahil sebab saya memang call bank untuk maklumkan penggunaan di London. Bahkan dah guna few times di London. Ok ja. Takdak masalah pun.
Waktu ni dah agak bengang dengan bank. Haha.
Ok next step adalah guna debit card; CIMB & Maybank. Gagal.
Bertambah bengang dengan bank-bank ni. Haha.
Waktu tu dah pukul 1230 tengah hari.

Black Cab
Strategi seterusnya adalah naik teksi. Tapi nak cari teksi pun bukan senang.
Maka saya pun masuk ke lobi untuk minta staf hotel call teksi. Staf hotel inform yang teksi sekarang agak susah nak dapat disebabkan permintaan yang tinggi dan mungkin akan ambil masa 30 minit untuk sampai.
30 minit terlalu lama.
Saya cuba pergi ke luar hotel dan kebetulan ada teksi Black Cab baru sampai hantar penumpang. Tapi rupanya dah ada penumpang lain book teksi tersebut.
Sabar, gelisah dan bengang semuanya ada pada waktu tu. Haha.
Tiba-tiba ada driver teksi Black Cab datang tanya “Do you want a taxi? 160 for Gatwick Airport. Yes or No?”
Saya cuba nego tapi dia tak layan. Dia kekal harga sama.
160 pound sterling tu lebih kurang RM800.
Saya mintak dia tunggu sekejap sebab saya nak fikir dan actually mintak isteri saya cuba lagi sekali Uber. Tapi pemandu teksi ni pun pandai. Dia push “Yes or not?” “You have to decide now!”.
Memandangkan harganya yang super mahal dan agak sukar nak buat pertimbangan sebab masa dah suntuk tapi harga mahal. Kalau ikutkan rasa nak ambik ja. Tapi saya tanya dan minta pandangan isteri.
Isteri bagi pandangan supaya tak payah sebab mahal melampau.
White Cab

Dalam 5 minit selepas berlalu perginya teksi Black Cab yang super mahal, tiba-tiba datang sebuah teksi warna putih. Bentuk sama macam Black Cab, cuma warnanya putih. Dia baru turunkan penumpang.
Terus saya dekati pemandu teksi dan tanya dia boleh tak hantar ke Airport Gatwick. Dia cakap ok. Saya tanya harga. Dia maklumkan kena pakai meter.
Tapi saya minta juga untuk dia bagi anggaran. Pemandu teksi ni macam susah nak bagi. So saya dah boleh agak, mesti mahal jugak ni. Tapi dalam hati memang berdoa dan berharap supaya tak terlampau mahal. Sebab dah terdesak dan masa pun makin suntuk.
Pemandu teksi beritahu hari ni harga per kilometer adalah sedikit mahal berbanding biasa. Ini disebabkan faktor demand yang tinggi terhadap teksi akibat metro tidak beroperasi kerana mogok. Selain itu, jalan dalam bandar London dan menghala ke airport juga jem.
Dia bagi anggaran lebih kurang 100-110 GBP.
“Ok great!! We take it”
Ok lah berbanding offer pemandu Black Cab tadi.
Dapat juga jimat 50 GBP (~RM250) berbanding Black Cab.

Perjalanan ke Airport Menaiki White Cab

Sepanjang perjalanan menaiki White Cab ni, terfikir juga dalam fikiran yang sebenarnya bagus juga naik teksi ni. Dapat tengok pemandangan luar bandar London. Kalau naik metro tak dapat tengok macam ni. Rasa macam ambik pakej travel untuk pusing-pusing London pulak.
Ini semua nak sedapkan hati ja la. Hahaha. Mahal kot kena bayar. Jadi kena fikir positif supaya tak spoil mood cuti. Sebab kami masih ada lebih kurang 9-10 hari lagi percutian kami ni. Tak nak disebabkan kes teksi ni, mood kami ke Switzerland terganggu. Haha.
Memandangkan bentuk teksi yang lonjong dan panjang, jadi ruang dalam teksi white cab ni agak luas. Boleh luruskan kaki. Kami relax ja sepanjang dalam teksi. Menikmati pengalaman naik teksi. Pengalaman yang mahal.
Sepanjang perjalanan, saya perhatikan ja meter teksi tu. Berdebar juga sebab takut bila sampai ke Airport, harga melebihi harga anggaran.
Akhirnya sampai juga ke Airport Gatwick. Harga akhir adalah 136 GBP. Tapi pemandu tu cakap ada lagi kena tambah 5 GBP sebab charge drop di Departure area. Entah betul atau tidak.
Memandangkan kami nak cepat. Jadi saya bayar ja. Kebetulan cash hanya ada 110 GBP. Nasib boleh bayar guna credit card.
Zassssss lesap 136 GBP + 5 GBP departure drop off = Total 141 GBP (lebih kurang RM760).
Jadi pada sesiapa yang bercadang atau tertanya-tanya berapa kos teksi London ke Airport Gatwick. Itulah anggaran harganya.
Itulah kisah kami suami isteri merasai pengalaman naik teksi White Cab. Mahal. Tapi terpaksa. Akan jadi kenangan sampai bila-bila. Jika anda ada pengalaman macam kami, boleh kongsikan di ruangan komen.