fbpx
EuropeSwitzerland

10 Tips dan Perkongsian Pengalaman Sewa Kereta Di Switzerland

Posted On
Posted By Passport18

Assalamualaikum, dalam penulisan kali ini saya akan berkongsi sedikit tips dan pengalaman menyewa kereta dan memandu di Switzerland.

Sebenarnya taklah susah sangat prosedur sewa kereta di sana, cuma saja lah saya syok nak berkongsi bercerita dengan anda. Haha.

Saya yakin anda pun mesti dah Google dan baca-baca dari blog lain juga, jadi mungkin dengan coretan saya ini dapat melengkapi pembacaan anda sebelum ini.

Pada pandangan saya, jika anda travel ke Switzerland secara berkumpulan (atau even berdua), adalah lebih menjimatkan wang, masa dan memudahkan sekiranya anda menyewa kenderaan walaupun anda boleh naik tren antara bandar atau pengangkutan awam lain.

Selain itu, faktor jarak yang jauh antara lokasi tumpuan pelancongan seperti Grindelwald, Interlaken dan Lauterbrunnen dari lapangan terbang. Jika anda bergantung kepada tren, tren hanya ada pada masa-masa tertentu. Dengan menyewa kereta, anda boleh mulakan perjalanan anytime even 5.00 pagi atau 11.00 malam sekalipun.

Saya tiba di Switzerland melalui lapangan terbang Geneva.

1. Permit atau Lesen Memandu Antarabangsa

Pengalaman saya dengan syarikat sewaan kereta di sini, mereka tidak memerlukan permit memandu antarabangsa. Hanya tunjuk lesen memandu biasa kita saja.

Ada sesetengah syarikat kereta yang meletakkan syarat, pemandu mesti telah ada pengalaman memandu lebih dari setahun. Jadi, anda perlu bawa dan tunjukkan lesen lama anda (yang dah expired pun ok).

Jadi adakah ada keperluan untuk buat permit memandu antarabangsa?

Pada pandangan saya, walaupun syarikat sewa kereta mungkin tak perlukan, tapi polis trafik di Switzerland mungkin nak tengok (jika ada roadblock). (Mungkin!!)

Sesetengah syarikat tak perlukan, tapi sesetengah syarikat mungkin ada yang nak tengok. Boleh juga confirmkan sebelum anda booking.

Jadi sebagai langkah berjaga, buat sajalah. Hanya RM150. Boleh mohon di JPJ atau UTC. Pastikan bawa gambar bersaiz passport.

Saya buat tempahan kereta melalui dengan syarikat Europcar

2. Manual atau Auto

Saya memilih kereta manual. Jenis Volkswagen Polo 4 pintu.

Pada mulanya saya agak pelik juga, masih ada kah kereta sewa manual di Switzerland? Di Malaysia pun susah nak cari, kereta lama mungkin ada.

Sebabnya adalah terdapat perbezaan harga yang signicant antara kereta auto dan manual pada waktu tersebut. Tambahan pula saya sewa untuk 5 hari. Nak juga berjimat kan.

Walaupun kita boleh pilih kereta apa yang kita nak, tapi kadang-kadang syarikat boleh beri kereta lain yang setaraf dengannya.

Lepas buat tempahan tu, terdetik rasa menyesal juga sebab pilih manual. Walaupun memang reti memandu manual, tapi dah lama tak memandu kereta manual. Setahun sekali itupun bawak kereta abah bila balik kampung. Selain itu, yang buatkan saya risau, jalan raya di sini pulak terbalik. Kita akan memandu di jalan sebelah kanan. Stereng pulak di sebelah kiri. Tangan masuk gear akan jadi sebelah kanan. Clutch dekat sebelah mana pulak? Haha. Banyak perkara nak kena adjust dalam kepala.

Tapi hati kecil saya kuat berkata “Mustahil Switzerland ada kereta manual. Switzerland negara maju kot”. Haha.

Walaupun saya buat tempahan kereta manual, tapi saya berharap akan dapat kereta automatik. Jadi saya dah jimat duit di situ.

Telahan dan tekaan saya betul. Saya dapat kereta automatik. Saya dapat jimatkan hampir RM1000 memandangkan harga kereta sewa automatik lebih mahal berbanding manual.

Jadi pada pandangan saya, ini hanya taktik perniagaan. Nak mark up harga lebih.

Tapi pada tahun 2023, ada kawan saya pergi ke Perancis. Dia dan kawan-kawan sewa kereta jugak. Dia pilih untuk sewa kereta manual. Nasib tak baik macam saya. Tak dapat kereta auto. Dia diberi kereta manual jugak.

Saya sewa kereta Volkswagen Polo ni mulai hari Selasa petang hinggalah hari Sabtu. Ini first time experience bawak kereta stereng belah kiri. Nasib baiklah jalan pun tak sesak sangat. Cepatlah saya adapt. First time jugaklah saya bawa European Car. Cari suiz untuk buka lampu waktu malam pun tak jumpa. Rupanya dia setting automatik. Haha.

3. Deposit

Deposit akan diambil melalui kad kredit sahaja. Kad debit dan cash tidak diterima. Dan kad kredit tersebut mestilah atas nama anda.

Jumlah deposit bergantung kepada syarikat. Saya di-charge 350 CHF (RM1600). Tapi ianya tidak terus di-charge. Hanya put a hold saja. Nanti bila kita pulangkan kereta, dia akan terus release semua charge tu.

Setakat yang saya tahu, kad kredit Wise dan BigPay tidak diterima.

4. Lokasi Kaunter Syarikat dan Pick-Up Kereta

Untuk pengetahuan anda, airport Geneva mempunyai DUA bahagian.

Satu bahagian ditadbir oleh negara Perancis dan satu bahagian lagi ditadbir oleh negara Switzerland.

Jadi sebelum anda buat sewaan kereta, pastikan anda memilih syarikat yang berada di sebelah Switzerland. Ada sebabnya. (Teruskan membaca)

Untuk ke lokasi kaunter sewaan kereta, ianya terletak setelah anda melepasi imigresen dan turun ke bawah dan kemudian anda perlu menghala ke sebelah kanan. Nanti anda akan nampak signboard tunjuk arah ke kaunter sewaan.

Kaunter sewaan kereta ini berada di dalam airport dan dekat saja. Di situ ada banyak kaunter syarikat sewaan kereta seperti Europcar, Hertz, Avis, Sixt dan lain-lain. Macam one-stop centre jugaklah tempatnya. Semua syarikat ada di situ.

Saya pada mulanya tak perasaan signboard ke tempat kaunter tu. Saya pusing-pusing jugak dalam airport Geneva tu. Nasib baik airport kecil saja. Saiz airport Geneva ni macam airport di Kedah saja.

Kalau nak lagi mudah, tanya terus pada staf airport.

Di kaunter, staf akan check lesen, passport dan kad kredit (ambil deposit). Kemudian dia akan bagi dokumen untuk anda ambil kereta. Belum dapat kunci lagi.

Anda perlu ambil kunci dan kereta di tapak Parking 51 (P51). Untuk ke situ, anda perlu naik bas percuma yang disediakan di luar kaunter sewaan kereta. Bas tersebut memang disediakan hanya untuk ke tapak parking kereta sewa. Jadi tak perlu bimbang tersalah naik bas. Hanya ambil masa 5 minit saja naik bas dari kaunter sewaan kereta untuk ke Parking 51 (P51) tersebut. Tapi kalau jalan kaki, jauh jugak. Jadi jangan jalan kaki. Naik saja bas tersebut.

Bila dah sampai ke Parking 51, boleh terus ke kaunter staf di situ untuk tunjuk dokumen yang diberikan tadi dan kemudian barulah akan dapat kunci.

5. Ambil Gambar

Sebelum memandu, ambil gambar kereta banyak-banyak. Set supaya ada tarikh dan masa dalam gambar. In-case timbul pertikaian pasal accident. Mungkin kereta yang anda ambil dah kemik sebelum sewa. Takut anda pulak diminta bayar. Burn deposit.

Staf di kaunter pun pesan kepada saya “take a lot of pictures ya!”

Selain interior dan body kereta, saya juga ambil gambar sport-rim. Manalah tau kalau-kalau ada bahagian yang dah kemik.

6. Sticker Vignette untuk Lebuhraya

Tadi saya ada tulis supaya jangan sewa kereta di sebelah Perancis kan?

Di Switzerland anda pasti akan melalui lebuhraya. Konsep bayaran lebuhraya di sana berbeza dengan di Malaysia.

Mulanya saya ingat ianya macam RFID. Rupanya bukan jugak.

Sebab sepanjang memandu di sana, saya tidak nampak ada sebarang plaza tol.

Di Switzerland cas menggunakan lebuhraya dibayar melalui sticker vignette.

Jika sewa di Perancis, kereta anda kemungkinan besar tidak ada sticker ini.

Nilai sticker vignette ini adalah 40 CHF (~RM200). Dan ianya sah digunapakai sepanjang tahun dan boleh guna di mana-mana lebuhraya di Switzerland.

Memandangkan anda hanya menyewa kereta beberapa hari saja, takkan lah anda nak beli sendiri sticker vignette ni? Tak berbaloi. Selagi boleh jimat, kita berjimat. Unless, sewa kereta di bahagian negara Perancis jauh lebih murah. Bila ditambah dengan kos sticker vignette pun masih murah. Then, boleh proceed untuk sewa di Perancis. Dalam kes saya, harga sewa kereta lebih kurang sama saja.

Kereta yang disewa di Switzerland kebanyakkannya dah ada sticker vignette. Untuk kepastian, sebelum buat tempahan tanya dulu syarikat tersebut.

Boleh email atau chat dengan customer service. Biasanya di website syarikat kereta tersebut akan ada chatbox.

Kalaulah anda pilih untuk menyewa kereta di bahagian Perancis dan kemudian masuk ke Switzerland. Walaupun lebuhraya di Switzerland ni tidak ada plaza tol, dan mungkin tidak ada sapa pun yang akan tau anda ada sticker vignette atau tidak saya tetap sarankan anda untuk beli jugak sticker vignette tersebut.

Sebab memandu tanpa sticker vignette di lebuhraya adalah salah di sisi undang-undang. Tak baik.

Kalaulah tiba-tiba polis tahan dan anda kena saman dengan polis. Lagilah tak berbaloi. Saman di Switzerland ni sangat mahal.

Lagi satu, buat malu orang Malaysia saja kalau langgar peraturan asas macam tu. Come on, be civilized!!

Berhenti di salah satu restoran pizza sewaktu kami menuju ke Grindelwald. Restoran Pizza ini terletak di tepi Tasik Thun (Lake Thun)

7. Minyak Full Tank

Syarikat Europcar akan isi siap-siap minyak kereta full tank. Saya rasa even syarikat lain pun sama. Sebab saya ada survey jugak.

Bagus jugak buat macam ni, tak perlu pening nak cari stesen minyak. Boleh gerak pecut terus.

Cuma pastikan sebelum anda pulangkan kereta nanti, anda isi full semula.

Kalau anda tak isi full, dia tak mintak duit. Tapi dia akan bawa anda ke stesen minyak untuk isi full. (Ini yang saya nampak pada hari pemulangan kereta. Ada 1 family dibawa ke stesen minyak)

8. Parking di Tempat Awam

Sistem parkir awam (open space) di Lauterbrunnen, Grindelwald dan Interlaken adalah simple dan straight forward. Masukkan duit dan masukkan nombor kereta dalam mesin yang disediakan. Ada sesetengah tempat, mesin akan print resit dan perlu pamer di atas dashboard. Ada juga yang tak print. Biasanya minimum cas adalah 2 CHF untuk 1 jam parking.

Ada sesetengah kawasan parking umum yang meletakkan syarat tidak boleh parking lebih daripada 90 minit. Contohnya di open space parking tepi sungai Interlaken. Saya tak pasti adakah majlis bandarannya betul-betul kuatkuasakan undang-undang tersebut. Tapi memandangkan kami menyewa kereta, malas lah nak ambik risiko. Takut nanti syarikat kereta charge atas deposit kami pulak.

Bahasa pada mesin parkir kebanyakannya hanya lah bahasa Swiss. Tidak ada bahasa Inggeris. Don’t worry. Boleh minta tolong dengan mana-mana orang sana. Insyallah mereka akan bantu.

Mesin untuk bayar parking di Interlaken

9. Jimat wang dan masa fleksibel

Berdasarkan kiraan keseluruhan kos pengangkutan kami di Switzerland, memandu sendiri jauh lebih murah berbanding menggunakan pengangkutan awam.

Sebagai contoh, sepanjang percutian di Switzerland, kami tinggal di hotel yang terletak di hujung pekan Grindelwald.

Jika dari Geneva kami menaiki pengangkutan awam seperti bas atau train untuk Grindelwald, kami perlu ambil teksi dari terminal bas atau train yang terletak di pekan Grindelwald untuk ke hotel. Jaraknya lebih kurang 5 km.

Saya dah survey harga teksi dari Terminal Grindelwald ke hotel kami. Lebih kurang RM100 (20 -50 CHF). Mungkin juga lebih mahal sebab teksi tak banyak di Grindelwald.

Itu baru harga untuk jarak 5 km. Bagaimana pulak kalau kami nak jalan-jalan ke Interlaken yang terletak 20 km dari pekan Grindelwald?

Untuk berjimat, boleh naik bas tapi mungkin tidak efficient dengan jadual waktu atau itineraries kita sebab setiap kali kita perlu ikut jadual masa bas. Bas pula hanya ada setiap 1 jam.

Selain itu, jika naik bas juga, kami perlu pastikan supaya paling lewat kami kena standby untuk balik ke hotel adalah jam 6 petang kerana waktu operasi bas terakhir dari terminal Grindelwald ke hotel kami adalah jam 6 petang. Sedangkan waktu kami ke sana, disebabkan summer, cuaca hanya gelap pada jam 10 malam. Rugilah kan kalau balik hotel awal.

Jadi dengan menyewa kereta, perancangan masa kita akan jadi sangat fleksible. Anda rasa nak keluar awal atau lewat, balik awal atau lewat, semua anda boleh tentukan sendiri tanpa terikat kepada jadual tren atau bas.

Saya dan isteri memang all-out balik lewat setiap hari. Dekat-dekat jam 10 malam baru balik.

Grindelwald ni tak macam pekan pelancongan di Malaysia atau Thailand. Di Grindelwald ni jam 8 malam pun pekan dah sunyi. Walaupun cuaca masih cerah tapi semua kedai dah tutup. Since kami memandu sendiri, kami ronda ja pekannya walaupun dah sunyi. Kami ronda sampai habis lorong lah jugak. Hahaha. Merata kami singgah. Itulah kelebihan sewa kereta. Haha.

Jam 8 malam pekan Grindelwald. Cuaca masih cerah. Takkan dah nak balik hotel cuaca cerah cantik macam ni kan. Rugilah. Haha.

Untuk makluman, hotel-hotel di Grindelwald ni tidaklah moden. Perabot dan katilnya pun design lama. Tapi harga agak mahal sebab kawasan ni kawasan tumpuan pelancong. Sebab ada banyak gunung yang cantik. View cantiklah. Memandangkan masa pun terhad dan kami pun taktau bila lagi nak boleh melancong ke Switzerland, pejam mata kami ambik jugaklah hotel di sini.

Selain daripada view yang best di Grindelwald, kami cari hotel di sini sebab nak mudahkan trip kami ke Jungfraujoch.

Nanti saya akan tulis berkenaan pengalaman naik ke puncak Gunung Jungfraujoch yang dikenali sebagai “Top of Europe”.

Setiap pagi kami akan lepak di beranda hotel. Layan kopi sambil layan view Mount Eiger. Kami memang request untuk ambil bilik menghadap Eiger ni. Nama hotel ni adalah Hotel Blumlisalp.

10. Selesa

Yang paling penting bila travel adalah keselesaan. Barulah boleh concentrate untuk create moment yang best. Lagipun bukan kerap kita dapat peluang bercuti.

Bukan saja selesa malah ada privacy.

Dan bukan saja selesa dari segi perjalanan dalm kereta, tapi sepanjang percutian. Anda boleh bawa sebanyak mana luggage yang anda nak bawa. Atau lebih tepat lagi, isteri anda boleh bawa sebanyak mana pun luggage yang dia nak bawak. Hahaha.

Anda nak beli barang shopping banyak-banyak pun mudah.

Selesa dan mudah kan?

Kesimpulan

Secara kesuluruhan, memandu di Switzerland adalah quite straight forward. Cuma berhati-hati dan patuhilah had laju maksimum.

Jika anda sukakan flexibility masa dan perancangan, saya sangat sarankan untuk anda menyewa kereta.

Saya doakan percutian anda ke Switzerland berjalan dengan lancar dan menjadi kenangan manis selamanya.

Related Post

4 thoughts on “10 Tips dan Perkongsian Pengalaman Sewa Kereta Di Switzerland
  1. MM

    Salam, a very insightful sharing. Nak tahu bab parking kreta tu, machine tu accept Visa/Mastercard utk payment tak? and parking spot di hotel/airbnb tu free jugak utk overnight? considering nak sewa kreta cuma risau cost2 parking & minyak tu akan jd sama mcm guna public transport

    • Passport18

      Wsalam, kalau open space public parking di pekan Grindelwald, Lauterbrunnen dan Interlaken, kena guna syiling. Walaupun saya pergi tahun 2022, tapi saya rasa tahun 2024 ni, dorang masih tak upgrade teknologi. Sbb dlm certain perkara, saya perhatikan, dorang agak old-school sikit. Cuma di Geneva dan itupun hanya di sesetengah tempat yg besar saja boleh bayar pakai Visa/Mastercard. Di hotel saya parking free. Biasanya dalam website Agoda atau Booking akan ada maklumat samada parking hotel free atau kena bayar. Atau boleh chat dgn hotel thru Agoda.

  2. AS

    Salam, terima kasih kongsi ttg memandu di Swiss. Saya akan ke sana Jun ni, plan nak rive. Berapa lama nk biasakan drive sebelah kiri tu ? Rasa cuak jugak ni hehe. tqtq

    • Passport18

      @akbarsaharie@yahoo.com : Wsalam Tuan, haha don’t worry. Sekejap ja. Tips nya, lagi cepat dan banyak traffic light, simpang dan roundabout kita jumpa, lagi cepat lah kita akan terbiasa. Hehe. Insyallah beberapa jam ja akan terbiasa dah.

Leave a Reply