Bali: Tips dan Pengalaman ke Nusa Penida, Kuta dan Ubud

Terdetik hendak menulis kerana mengenangkan apa agaknya nasib penduduk tempatan Bali sejak Covid-19 melanda seluruh dunia. Boleh dikatakan sebahagian besar ekonomi di Bali dijana melalui sektor pelancongan. Bila berlakunya pandemik, pelancong tidak dapat datang ke Bali, banyak kedai, cafe dan hotel terpaksa tutup bahkan ada yang terus gulung tikar.
Bagaimana agaknya nasib pekerja-pekerja yang terlibat dalam sektor ini?
Untuk sesiapa yang pernah ke Bali pasti ada azam ingin ke Bali lagi!! Harga sederhana, hotel banyak pilihan, tempat menarik pun banyak. Meriah.
Cuma sekarang ini tidak pastilah bagaimana suasana di Bali selepas fasa Covid-19. Walaupun Indonesia sudah mula membuka pintu sempadannya kepada orang luar, tapi suasana di Bali pasti tidak sama seperti era sebelum Covid-19.
Saya dan isteri sempat ke Bali pada Oktober 2019 iaitu lebih kurang 3-4 bulan sebelum fasa pandemik diisytiharkan di seluruh dunia (Februari 2020). Ini trip kali pertama saya ke sana dan kali ke-2 bagi isteri saya. Kami tidaklah terlampau rancang jadual perjalanan bila di Bali memandangkan zaman sekarang mudah. Boleh Google saja.
Nusa Penida
Rancangan asalnya hanya nak stay sekitar mainland Bali saja. Tapi kebetulan waktu tu banyak pulak info pasal Nusa Penida muncul. Jadi kami buat keputusan untuk terus ke Nusa Penida dulu bila sampai di Bali. Di Nusa Penida kami stay selama 3 hari 2 malam. Kami pilih hotel/villa berdekatan dengan jeti Toya Pakeh.

Hotel atau villa yang kami menginap sepanjang di Nusa Penida adalah Visual Inn Guesthouse Red Partner. Kedudukan yang dekat dengan jeti, boleh jalan kaki. Dekat dengan masjid, kedai runcit dan warung kedai makan muslim. Hotel ni hanya ada 6 bilik dengan 1 swimming pool. Boleh request mandi swimming pool hinga 2-3 pagi.
Bila dikenang kembali, memang tak menyesal kami memilih untuk pergi ke Nusa Penida.
Tapi ada perkara lain yang membuatkan kami menyesal iaitu….menyesal sebab hanya luangkan masa 3 hari saja di sini. Haha.
3 hari memang tak puas dan tak cukup. Sebab last day hari ke-3 tu boleh dikira burn dah sebab bot balik ke mainland jam 11 pagi. Memang silap planning. Lagi pun memang tak sangka Nusa Penida ni best. Tempat di sini lawa-lawa. Dan masih kurang diteroka. Memandangkan kami sewa skuter, jadi bila nampak tempat cantik ja, isteri akan ajak berhenti nak bergambar.
Perjalanan dalam pulau Nusa Penida tu sendiri pun makan masa jugak sebab bukan semua jalan dia elok. Ada yang berlubang-lubang teruk. Timing memang lari banyak. Ditambah dengan request isteri nak OOTD lagi. Kalau anda chartered supir, anda akan naik 4WD, ok lah. Memang boleh laju. Tapi anda terlepaslah pengalaman santai-santai macam naik moto.

Diamond Beach dan Utuh Beach adalah bersebelahan. Hanya dipisahkan oleh bukit. Kami buat keputusan untuk lepak di Diamond Beach. Nak sampai ke pantainya tu boleh tahan susah. Kena turun tangga curam dan kecik. Kalau selisih dengan orang kena berhenti. Kalau jatuh memang boleh hilang nyawa atau kecederaan serius. Terlampau asyik kami lepak di pantai, bila tengok jam dah lebih kurang 4 jam juga kami di situ. Pengalaman yang sangat best dan berbaloi.
Selepas puas melepak di Diamond Beach, kami terus ke Angel Billabong dan Broken Beach. Kalau ikut jarak, sepatutnya 45 minit boleh sampai (~30 km). Tapi bila jalan berlubang-lubang dan tayar moto skuter pun kecil saja, tak berani lah kami nak hentam laju-laju. End up kami sampai around 530 petang. 1 jam 30 minit !! Haha.

Perjalanan balik ke hotel agak menakutkan sikit. Jalan tiada lampu memandangkan banyak kawasan tidak ada penduduk. Bila tiba di kawasan kampung, ok dan lega lah sikit sebab ada lampu jalan. Alhamdulillah selamat semuanya.
Hari last agak menyesal. Rasa tak puas. Next time kalau ada rezeki mungkin kami akan stay 5-6 hari just untuk explore Nusa Penida dan relax-relax.
Jika ada masa, boleh tonton video pendek kami ke Diamond Beach. Atau boleh baca tulisan saya berkenaan tips ke Nusa Penida.
Kuta
Ketika kami di Kuta, kami menginap di 2 buah hotel iaitu Gemini Star Hotel dan Park Regis Kuta Hotel . Hotel kami selepas balik dari Nusa Penida adalah Gemini Star Hotel.
Hotel di Kuta tersangatlah banyak. Harga pun tak mahal. Cantik-cantik belaka.
Ketika di Gemini Star Hotel kami kenal dengan seorang pekerja nama Putu. Isterinya pun bekerja di sini. Mereka masih muda sekitar 23-24 tahun. Kata Putu, dulu Kuta lebih meriah. Banyak kelab malam dibuka. Tetapi sekarang banyak kelab malam sudah tutup disebabkan pemerintahan Presiden Indonesia, Pak Jokowi yang sangat tegas menentang narkoba(dadah). Katanya lagi di kelab-kelab malamlah banyak dadah boleh dibeli dan didapati.

Di Kuta, kedai makan dan cafe sangat banyak. Cafe yang ada live band pun banyak. Kawasan shopping pun banyak. Kami pelancong yang tak kaya. Jadi memang tak shopping langsung. Ada lah beli keychain dan fridge magnet sikit-sikit buat keluarga.
Sepanjang 5 hari di Kuta, saya melawat beberapa tempat, antaranya:
- Tanah Lot (Kuil di pantai)
- Kuil di Uluwatu (Kecak dance)
- Jimbaran
- Pandai Pandawa
- Seminyak
- Pantai Kuta
Semuanya dengan naik skuter. Jimat dan cepat. Sewa skuter RM25 saja sehari. Jauh beza dengan harga di Cameron Highlands. Di Bali, trafik nya agak sibuk. Jadi sangat ideal kalau anda boleh naik motosikal.
Pesan saya, sebaiknya sebelum datang, buat lesen memandu antarabangsa. Tak susah pun. Hanya apply dengan JPJ. Harga RM150. Sebab sewaktu saya ke sana, undang-undang agak tegas. Sebelum-sebelum ni ok ja. Tapi sekarang mereka hendak tengok lesen antarabangsa.
Sebenarnya syarikat sewa motosikal tak kisah pun. Dia tetap akan bagi sewa. Cuma kalau kena roadblock, mungkin kena denda. Kebetulan sewaktu hendak ke Pantai Pandawa, ada roadblock. Syukur alhamdulillah. Pakcik polis tu baik. Bila dia tau kami dari Malaysia, dia lepaskan. Tergantung budi bicaralah. Jadi kalau nak ronda dengan tenang, buat sajalah. Boleh ronda seluruh Bali dengan penuh ketenangan. Haha.

Ubud
Kami sempat juga ke Ubud. 2 hari 1 malam. Ubud ni sebenarnya optional saja dalam perancangan kami. Kami minta Putu tolong carikan driver. Dia cadangkan kan sepupu dia, namanya Ketut.
Jika ke Bali, kita akan dapati banyak orang yang namanya ada perkataan yang sama seperti Ketut, Nyoman, Made & Wayan. Nama-nama ini menunjukkan urutan anak nombor berapa dalam keluarga.
- Wayan – anak pertama
- Made – anak kedua
- Nyoman – anak ketiga
- Ketut – anak keempat
Dan ada lagi nama-nama khas ini.
Jadi kami tahu, driver kami ini anak nombor empat dalam keluarga.
Kami maklumkan pada Ketut yang kami hanya nak main swing di Ubud. Selebihnya hanya nak relax dan jalan-jalan di pekan Ubud. Di Ubud ada beberapa tempat yang glamor:
- Monkey forest
- Air terjun Tegenungan
- Tegalalang Swing
- Campuhan ridge walk
Kami hanya sempat ke Tegalalang Swing (1st day) dan Air terjun Tegenungan (2nd day naik skuter). Sebab kami dah booking hotel untuk balik ke Kuta. Suggestion saya, di Ubud kena stay minimum 3 hari 2 malam. Melainkan anda jenis touch and go punya traveler.


Pekan Ubud ni sejuk sikit berbanding Kuta sebab dia tanah tinggi. Tapi tidaklah terlampau sejuk. Sekadar nyaman dan redup. Di Ubud juga kita boleh tengok padi bukit. Macam juga di Kuta, spa dan cafe memang banyak.
Hotel di sini pun banyak. Hotel kecik-kecik. Tapi cantik dan lengkap dengan swimming pool. Private villa lengkap dengan swimming pool pun banyak. Murah berbanding Kuta. Saya dan isteri stay di Wenara Bali Bungalows. Kami booking sewaktu kami di Kuta.
Sewaktu di hotel saya ada tanya soalan ini kepada staf:
“Kalau walk-in tanpa booking agaknya ada hotel yang available tak di Ubud?”

Seorang staf hotel tempat kami menginap tu beritahu dengan kami, sebenarnya kalau ke Ubud tidak perlu booking hotel pun takpa, sebab pasti ada bilik yang kosong. Sebab terlampau banyak hotel di Ubud. Kalau hotel yang kita nak fully-booking, pergi saja ke hotel sebelah.
Sebenarnya, saya suka walk-in especially bila saya tak boleh imagine lokasi pekan yang saya nak travel. Walaupun boleh research online atau baca forum or group facebook, tapi kadang-kadang tak sempat.
Kalau dulu, saya suka pergi dulu tempat tersebut dan kalau rasa best, baru saya akan check-in. Risikonya adalah kalau hotel penuh. Jenuh satu hal pulak nak memusing cari tempat tidur. Bujang takpa lah. Sekarang bila dah beristeri, saya tak nak ambil risiko tu. Sesetengah tempat, kalau weekend ja mesti penuh. Kalau tak booking, jangan haraplah nak dapat hotel yang best. Contoh: Cameron Highlands.
Hujung tahun 2020, saya menerima whatsapp message daripada Ketut bertanya tidakkah saya hendak ke Bali lagi. Katanya mereka di sana sangat-sangat memerlukan pelancong supaya boleh ada sumber pendapatan.
Saya tengok di Youtube, ada pemilik villa yang terpaksa beralih ke bidang pertanian dan penternakan kerana keadaan ekonomi yang mendesak.
Semoga ada sinar buat mereka semua.
Bagaimana kedatangan pelancong boleh jana pendapatan yang sangat baik kepada sesebuah masyarakat?
Dari pemerhatian saya, banyak perkara yang kita boleh belajar dari Bali untuk majukan industri pelancongan negara kita. Sebagai contoh konsep buaian swing yang dipopularkan di Ubud. Perkara ini boleh dipraktikkan di negara kita. Tidaklah terlampau tinggi modalnya. Mereka memanfaatkan pokok-pokok kelapa di teres padi bukit. View pun cantik.
Kadang-kadang hairan dengan sesetengah pihak di negara kita. Bila sebut pasal tarikan pelancongan, mesti nak bina mall dan taman tema air. Memang boleh, cuma modal tu sangat besar. Silap haribulan, bukan setakat tak untung bahkan mungkin bankrupt terus.
Contoh lain adalah ketika saya dan isteri ke Jimbaran. Di sini popular dengan aktiviti makan seafood sambil layan sunset. Di Malaysia pun banyak tempat macam ni. Tapi di Bali, punyalah dipopularkan aktiviti makan seafood sambil layan sunset, hinggakan harga makanan di situ mahal-mahal.
Antara sektor yang dapat manfaatkan kedatangan pelancong:
- Hotel dan homestay boleh dihidupkan.
- Peniaga kedai makan boleh berniaga.
- Kedai pakaian boleh dibuka.
- Kedai sewa kereta dan motosikal boleh diwujudkan.
- Teksi, grab dan bas boleh dirancakkan.
Macam-macam sektor lagi boleh dirancakkan. Sekaligus menyediakan peluang pekerjaan kepada masyarakat dan mengurangkan kemiskinan.
Pada pandangan saya, Langkawi amat sesuai mengadaptasikan strategi pelancongan seperti di Bali kerana di Langkawi ada macam-macam jenis tarikan seperti cable car, pantai, pulau, tasik, muzium sejarah, underwaterwold, tempat shopping dan sebagainya.
Justeru, jika semua pihak memainkan peranan dan mengambil serius berkenaan pelancongan, Insyallah Langkawi pun boleh menjadi sehebat Bali.
Akhir perkataan, sekian dulu untuk catatan kali ini.
Terima kasih kerana membaca.
10 Tips ke Pulau Redang - Passport18
[…] Semoga perkongsian saya ini dapat memberi manfaat dalam perancangan cuti anda ke Pulau Redang. Jika berkelapangan, jemput juga baca penulisan saya yang lain iaitu berkenaan Pulau Perhentian, Bukit Keluang, Cameron Highland, Nusa Penida dan Bali. […]
8 Tips ke Cameron Highland - Passport18
[…] anda mempunyai masa, jemput baca tulisan saya yang lain berkenaan Bali, Nusa Penida, Pulau Perhentian Kecil, Pulau Redang dan Bukit […]