12 Tips ke Nusa Penida: SpeedBoat, Hotel, Pengangkutan dan Tempat Menarik

Dalam artikel ini saya akan berkongsi beberapa tips jika anda berhasrat atau ingin merancang untuk ke Nusa Penida. Saya akan share berkenaan feri speedboat, hotel, pengangkutan dan tempat yang anda patut melawat.
Tempat-tempat menarik yang wajib anda lawati di Nusa Penida adalah Diamond Beach, Atuh Beach, Angel Billabong, Broken Beach dan Kelingking Beach.
Kandungan
- Bagaimana untuk ke Nusa Penida dari Tanah Besar Bali?
- Jeti di Nusa Penida
- Lokasi Penginapan di Nusa Penida
- Makanan Halal
- Elok tak jalan raya di Nusa Penida?
- Ada Grab atau Gojek tak di Nusa Penida?
- Sewa Motosikal
- Hire Supir
- Atuh Beach dan Diamond Beach
- Broken Beach dan Angel Billabong
- Bagaimana untuk menyusun masa di Nusa Penida?
- Itinerari 3 hari 2 malam (explore dengan scooter)
- Apa Yang Wajib Dibawa ke Nusa Penida ?
Bagaimana untuk ke Nusa Penida dari Tanah Besar Bali?
Untuk ke Nusa Penida, anda harus menaiki speedboat selama 30-45 minit. Ada 2 jeti utama untuk ke Nusa Penida :
- Sanur Beach Port/Harbor
- Serangan Pier Gili Getaway

Terdapat banyak perkhidmatan speedboat yang menyediakan pengangkutan ke sana. Berikut adalah antara sebahagian senarai bot yang bertolak dari Sanur Beach Harbot/Port.
Anda boleh pilih untuk beli tiket sehala jika anda mahu.
Cadangan saya, anda survey secara online dulu harga tiket.
Saya memilih perhidmatan speedboat yang disediakan oleh syarikat Angkal Fast Boat. Harganya sederhana iaitu RM70-80 untuk perjalanan 2 hala iaitu pergi dan balik untuk seorang penumpang. Sedikit murah berbanding syarikat speedboat yang lain.
Saya beli tiket menggunakan website Klook.
Daftar akaun klook di sini untuk dapatkan RM15 kredit percuma.
Anda juga boleh pilih waktu bot yang bersesuaian dengan trip anda. Di bawah adalah waktu bot untuk syarikat Angkal Fast Boat.
Waktu bot
Sanur – Nusa Penida : 815 am, 830 am, 945 am dan 3.00 pm
Nusa Penida – Sanur : 945 am, 2.00pm, 430 pm dan 5 pm
Kebiasaannya, kebanyakan penumpang akan pilih feri pada waktu pagi supaya dapat memaksimumkan masa di Nusa Penida, jadi jika anda pilih feri sebelah petang, kemungkinan besar feri anda akan kosong. Saya pilih trip sebelah petang memandangkan flight saya tiba di Bali pada waktu tengah hari. Jadi dalam feri hanya ada saya dan isteri saja.
Jeti di Nusa Penida
Ada 3 jeti utama di Nusa Penida :
- Banjar Nyuh Harbour
- Toyapakeh
- Sampalan Harbour
Lokasi Banjar Nyuh Harbour dan Toyapakeh adalah sebelah menyebelah manakala Sampalan Harbor pula adalah lebih kurang 9 km dari kedua-dua jeti tersebut.
Sebaiknya sebelum membeli tiket bot, anda periksa dulu di jeti mana bot anda akan berlabuh. Supaya mudah anda buat tempahan untuk hotel.
Lokasi Penginapan di Nusa Penida
Umumnya hotel-hotel di Nusa Penida berpusat di sekitar timur dan barat pulau. Namun, di sekitar jeti juga terdapat banyak.
Kalau taknak booking online, walk-in pun boleh sebab hotel sangat banyak, tak perlu risau hotel full.
Salah satu kelebihan jika kita stay di hotel sekitar jeti adalah kita boleh jimatkan kos untuk pengangkutan dari jeti ke hotel. Jarak ke hotel sekitar jeti tidaklah terlampau jauh dan kita boleh jalan kaki saja ke hotel.
Atau jika beg kita terlampau berat, ambil teksi untuk hantar. Di jeti ada banyak pemandu teksi yang akan approach anda. Kebiasaannya, walaupun dekat (< 1km) harga adalah sekitar RM10-15. Jadi bayangkan jika hotel anda terletak 5-15km dari jeti. Bersedialah dengan RM50-70. Tapi cubalah untuk tawar harga. Mana tahu mungkin dapat lebih murah.
Hotel-hotel di Nusa Penida kebanyakkannya adalah berkonsepkan villa dan bungalow. Saiz hotel tidak terlampau besar. Lebih kepada private ownership.
Kalau di sekitar jeti Toyapakeh, ini antara hotel atau villa yang ada swimming pool yang mungkin anda boleh cuba. Harga sederhana.
- Visual Inn (< RM100)
- Hotel Arsa Santhi (< RM200)
- Star Semabu Resort (< RM250)
Kalau di sekitar jeti Banjar Nyuh Harbour:
- Sunrise Penida Hill (< RM200)
- Akatara Hotel (< RM200)

Makanan Halal
Di sekitar pelabuhan Br. Nyuh Harbor dan Toya Pakeh Harbor terdapat banyak penduduk Muslim. Jadi agak mudah untuk mendapatkan makanan halal. Ada yang berniaga di warung, moto beroda dan ada juga di restoran. Kedai runcit milik orang Islam juga ada di sini.
Elok tak jalan raya di Nusa Penida?

Jalan utama di sekitar pulau boleh dikatakan elok juga. Cuma ada sedikit berlubang. Tapi untuk anda sampai ke tempat-tempat menarik di situ, anda harus off-road dari jalan utama.
Jarak off-road tersebut mungkin dalam 5-10 km. Anda akan masuk ke jalan kampung. Off-road ni lah sebenarnya yang tak berapa elok dan berlubang-lubang dengan teruk dan berbatu. Lubang tidaklah terlalu dalam, cuma lubang tu terlampau banyak.
Tips nya adalah bawak perlahan. Off-road ni kebanyakannya tidak berturap. Hanya tanah. Jalan adalah sedikit berdebu dan mungkin anda boleh tergelincir sekiranya naik motosikal.
Ada juga bahagian jalan yang sempit yang muat untuk satu kereta sahaja. Jadi kalau anda berselisih dengan kereta atau pengangkutan lain, anda kena hati-hati.
Lampu-lampu jalan juga tak banyak. Sebaiknya pulanglah sebelum senja.
Ada Grab atau Gojek tak di Nusa Penida?
Tidak ada. Samada anda hire supir/driver atau anda sewa motosikal.
Sewa Motosikal
Cara terbaik untuk explore Nusa Penida adalah dengan menaiki motosikal. Harga scooter yang paling murah adalah 80,000 INR (RM26).
Anda boleh sewa motosikal daripada hotel yang anda menginap (jika hotel anda menyediakan perkhidmatan tersebut) atau boleh ke kedai sewa motosikal berhampiran pelabuhan tempat bot-bot snorkelling dan nelayan berlabuh.
Menunggang motosikal mungkin agak meletihkan, tapi anda ada kebebasan untuk berhenti dan menyinggah di tepi laut untuk ambil gambar. Atau berhenti makan. Anda juga boleh singgah di beberapa pekan kecil di sekitar Nusa Penida.
Satu pesanan saya, pekan-pekan di Nusa Penida adalah kecil. Maka kedai sewa motosikal juga tidak banyak. Sebaiknya apabila anda tiba di Nusa Penida teruslah cari motosikal sewa. Sebab takut habis. Atau anda boleh maklumkan pada hotel in advance supaya mereka boleh tolong carikan atau sewa dari mereka.


Hire Supir
Sekiranya anda tidak tahu menunggang motosikal atau masa anda terhad. Atau anda hanya ingin meluangkan masa hanya 1 hari untuk melawat Nusa Penida tetapi ingin melawat banyak tempat, maka saya sarankan untuk mengupah perkhidmatan supir.
Harga adalah sekitar 800,000 – 1,200,000 INR (RM 260-300) all-in termasuk petrol untuk sebuah kereta. Anda akan dibawa melawat ke 4-5 tempat.
Jika anda ke sana seorang diri dan tidak mahu menyewa supir untuk seorang diri, serta ingin berjimat, anda juga boleh cari agen yang buat perkhidmatan pool atau sharing dengan pelancong lain. Harga seorang adalah sekitar 500,000 INR (RM 160)
Memandangkan ada banyak tempat menarik di Nusa Penida dan jarak antara satu tempat ke tempat lain adalah agak jauh, maka anda tidak akan sempat untuk cover semua tempat dalam satu hari. Jadi kebiasaannya supir akan membahagikan tempat-tempat ini ke dalam beberapa pakej.
Contohnya:
Pakej A : Angel Billabong, Broken Beach, Atuh Beach, Diamond Beach
Pakej B : Kelingking Beach, Crystal Bay Beach, Atuh Beach, Diamond Beach
Pakej C : Atuh Beach, Diamond Beach, Tree house, Teletubies hills
Jadi biasanya, sekiranya anda pilih pakej A, maka anda hanya akan pergi ke tempat-tempat dalam pakej A sahaja.
Untuk membolehkan anda sempat melawat ke semua tempat dalam pakej tersebut dalam masa 1 hari, biasanya supir akan membataskan masa di setiap tempat. Mungkin sekitar 30-45 minit sahaja di setiap tempat.
Sekiranya, anda menyewa supir untuk anda sendiri, anda boleh nego harga untuk combine pergi ke sebanyak tempat yang boleh.
Jika ada wang, anything is possible !
Anda boleh cuba survey harga Nusa Penida Full Day Trip yang disediakan oleh website Klook. Anda boleh pilih samada untuk ‘join in’ atau memilih untuk ‘private’ trip. Harga bermula dari RM180.
Daftar di sini untuk dapatkan RM15 percuma bila anda sign-up.
Atuh Beach dan Diamond Beach


Entrance fee : By donation (derma seikhlas hati)
Kedua-dua pantai ni sebenarnya hanya sebelah menyebelah saja. Ianya dipisahkan oleh bukit. Jadi perjalanan anda ke sini macam 2 in 1 lah.
Jika hendak ke pantai, anda tidak perlu mendaki bukit, tapi turun bukit (Eh ada ka pantai yang kena daki bukit ?! Haha). Cuma jika anda hendak melawat kedua-dua pantai, tidak ada short cut terowong melalui bukit tersebut. Anda kena panjat semula bukit dan turun semula ke pantai sebelah.
Contoh, jika anda hendak ke Diamond Beach, anda harus turun tangga dan ke pantai. Selepas itu, jika anda hendak ke Atuh Beach pula, anda perlu naik semula tangga, dan kemudian turun tangga di sebelah pantai Atuh Beach pula.
Untuk naik atau turun tangga makan masa 10-15 minit juga sebab tangga kecil dan akan berselisih dengan pelancong lain. Kadang-kadang kena berhenti untuk beri laluan.
Jarak dari hotel yang saya menginap, Visual Inn di Toyapakeh ke Atuh Beach dan Diamond Beach adalah lebih kurang 30 km.
Kalau anda naik scooter ke sini, mengambil masa lebih kurang 60-90 minit. Bergantung kepada speed anda.
Separuh daripada masa perjalanan anda akan habis merentasi jalan utama. Manakala separuh lagi masa perjalanan anda akan dihabiskan dengan meredah masuk jalan kampung.
Jalan kampung untuk Diamond Beach dan Atuh Beach boleh dikatakan elok juga walaupun ada beberapa bahagian yang berlubang-lubang. Sebenarnya bahagian berlubang-lubang inilah yang melambatkan perjalanan.
Jika ke Diamond Beach, sekiranya anda mampu dan sihat, turunlah ke pantai di bawahnya. Tangga di bahagian bawah mungkin agak sedikit curam, tetapi memang berbaloi. Spend lah masa lama sikit di sini. Ramai pelancong hanya singgah untuk mengambil gambar di tangga bahagian atas saja. Memanglah gambar dan pemandangan itu cantik, tetapi agak sayang dan rugi sebab tak merasai feel mandi di bawahnya.
Saya dan isteri spend masa 4 jam di Diamond Beach. Bawalah bekalan makanan berkhelah di sini.


Kelebihan Diamond Beach adalah pantai nya redup mulai jam 12 tengah hari. Ini kerana pantai tersebut dilindungi oleh bukit. Dan matahari pula sudah beralih kedudukan. Diamond Beach ni sangat sesuai untuk aktiviti santai, baring-baring dan mandi pantai.
Broken Beach dan Angel Billabong


Sebagaimana Atuh Beach dan Diamond Beach, kedudukan Broken Beach dan Angel Billabong juga terletak sebelah menyebelah.
Jarak antara Diamond Beach dan Broken Beach adalah sekitar 30 km. Sebagaimana namanya, jalan raya ke Broken Beach pada 10 km terakhir sangatlah teruk dan ‘broken’. jalannya berlubang-lubang dan berbatu-batu. Jika anda menaiki motosikal, berhati-hatilah. Jangan tunggang laju.
Bagaimana untuk menyusun masa di Nusa Penida?
Pada pendapat saya, jika anda hendak explore tempat-tempat ini dengan menaiki motosikal, anda harus keluar awal pagi. Selewat-lewatnya jam 8 pagi.
Lawatlah Angel Billabong dan Broken Beach dahulu. Luangkan masa sekitar 1-2 jam untuk bergambar di situ.
Kemudian barulah anda ke Atuh Beach dan Diamond Beach. Ini membolehkan anda untuk spend lebih banyak masa di Atuh dan Diamond Beach.
Dengan motosikal, anda mungkin mengambil masa selama 90 minit dari Angel Billabong untuk sampai ke Diamond dan Atuh Beach.
Memandangkan anda hanya akan tiba sekitar jam 2 petang di sini, maka Diamond Beach sudah mulai redup pada waktu ini. Sesuailah untuk berkhelah dan santai.
Itinerari 3 hari 2 malam (explore dengan scooter)
Hari 1
945 pagi : Naik speedboat dari Sanur ke Nusa Penida
10.30 pagi : Tiba di jeti dan check-in hotel
3 petang : Crystal bay
Hari 2
8.00 pagi : Bertolak ke Angel Billabong dan Broken Beach
10.00 pagi : Tiba di Angel Billabong dan Broken Beach
12.00 tengahari : Bertolak ke Atuh dan Diamond Beach
2.00 petang : Tiba di Atuh dan Diamond Beach
5.30 petang : Bertolak pulang ke hotel
Hari 3
9.45 pagi : Check out dan naik speedboat ke Sanur
Apa Yang Wajib Dibawa ke Nusa Penida ?
Cuaca di Nusa Penida dan tanah besar Bali amnya sangat panas dan terik. Kalau tak kena gaya memang terbakar dan hitam kulit anda. Jadi eloklah untuk anda pakai sunblock. Saya sarankan ambil yang SPF paling tinggi supaya anda dapat maximum protection.

GIBRALTAR: WILAYAH TAKLUK EMPAYAR ISLAM DI SEPANYOL - Passport18
[…] Artikel lain : 12 TIPS KE NUSA PENIDA : SpeedBoat, Hotel, Pengangkutan dan Tempat Menarik […]
Bali: Tips dan Pengalaman ke Nusa Penida, Kuta dan Ubud - Passport18
[…] Jika ada masa, boleh tonton video pendek kami ke Diamond Beach. Atau boleh baca tulisan saya berkenaan tips ke Nusa Penida. […]
10 Tips ke Pulau Redang - Passport18
[…] baca penulisan saya yang lain iaitu berkenaan Pulau Perhentian, Bukit Keluang, Cameron Highland, Nusa Penida dan […]
8 Tips ke Cameron Highland - Passport18
[…] anda mempunyai masa, jemput baca tulisan saya yang lain berkenaan Bali, Nusa Penida, Pulau Perhentian Kecil, Pulau Redang dan Bukit […]