fbpx
Pulau

10 Tips ke Pulau Redang

Posted On
Posted By Passport18

Alhamdulillah saya dan isteri telah berkesempatan untuk pergi ke Pulau Redang. Sebenarnya saya dan isteri suka ke Terengganu. Even roadtrip untuk sampai ke Terengganu tu pun kami suka. Bagi kami, Terengganu ni banyak tempat yang best. Even bandar Kuala Terengganu pun rasa best. Feel relaxing.

Bahkan pernah kami pergi ke Terengganu semata-mata nak panjat Bukit Keluang saja. Pemandangan atas Bukit Keluang tu cantik. Mirip-mirip Cliff of Moher 🙂

Dalam tulisan ini, saya hendak berkongsi pengalaman dan sedikit tips untuk ke Pulau Redang. Walaupun bukanlah susah sangat untuk sampai ke Pulau Redang ni, tapi kadang-kadang kalau tak pesan, mungkin kita terlepas pandang. Dan mungkin boleh spoil cuti kita. Bukan apa, kebanyakan kita ni, cuti tak banyak. Masa tak mengizinkan. Maka eloknya kita rancanglah bagi cantik-cantik.

Air laut di Pulau Redang ni memang sangat jernih. Even di pantai pun crystal clear!!

Pantai yang glamor di Pulau Redang adalah Pasir Panjang atau Long Beach. Pantai ni berbentuk L terbalik. Tapi kalau dari Google Maps, macam bentuk Y. Anda nilai sendiri kalau ke sana nanti.

Di Pantai Pasir Panjang, pada satu side pantai, lantai lautnya licin takdak batu karang. Satu side lagi penuh dengan batu karang yang mati dan pecah. Sakit kaki sikit lah kalau mandi. Disebabkan itulah, anda akan nampak ramai yang bertumpu kepada hanya satu side saja. Side yang lantainya clear.

Di Pulau Redang juga lah saya dan isteri dapat main-main dengan penyu waktu snorkelling. Boleh pegang-pegang dan usap-usap lagi badan dia. Tak macam waktu ke Perhentian Kecil dulu, penyu di sana macam malu-malu. Dia lepak di dasar laut ja. Tapi di Redang, macam manja pulak penyu nya.

1. Jeti

Untuk ke Pulau Redang, anda akan naik bot di jeti di Merang. Sistem jeti di sini tak sama macam untuk ke Pulau Perhentian di Kuala Besut. Di Kuala Besut, setahu saya hanya ada satu saja jeti. Tapi untuk ke Pulau Redang, ada banyak jeti.

Mengikut perbualan saya dengan orang di Merang, ada 5-6 jeti di sini. Walaupun banyak, tapi jetinya kecik-kecik saja. Jeti-jeti kecik ini adalah milik persendirian iaitu jeti ini dibuat sendiri oleh syarikat atau ejen pelancongan. Jeti besar hanya satu iaitu jeti kerajaan.

Kedudukan setiap jeti ini taklah terlampau jauh, tapi kalau tersilap dan datang pulak lewat, memang akan terlepas bot.

Pesanan saya, sebaiknya datang awal atau kalau nak mudah booking dengan ejen saja. Dia akan maklumkan kepada kita di mana dia akan jemput kita pada pagi hari kita akan bertolak. Saya ambil ejen. Kami disuruh tunggu di Shell Merang.

DestinasiJeti
Pulau RedangMerang
Pulau PerhentianKuala Besut
Jeti persendirian milik pengusaha pelancongan

2. Harga Tiket Bot & Tempoh

Harga tiket adalah RM55 untuk sehala dan perjalanan mengambil masa lebih kurang 45 minit untuk sampai di Pulau Redang.

Kebiasaannya memang akan terus beli dua hala RM110. Kita akan deal and set terus dengan agen pukul berapa nak balik nanti.

JetiTempohHarga
Merang45 minitRM55

3. Hotel di Kawasan Jeti

Memandangkan kami bertolak dari Shah Alam, kami plan untuk sampai sehari sebelum. Tujuannya adalah supaya kami boleh jalan-jalan sekitar Pekan Merang dulu dan supaya tak kelam kabut pada hari nak naik bot.

Kalau nak menginap di hotel sekitar Kuala Terengganu pun boleh. Lebih banyak pilihan hotel. Cuma pastikan anda bertolak awal sebab jaraknya 40 km dari Kuala Terengganu nak ke Merang.

Di Merang sangatlah sikit pilihan hotel atau homestay. Hotel pun kecik-kecik saja. Kesilapan kami adalah kami terlampau tenang. Haha. Kami tak booking langsung hotel atau homestay. Kami main redah saja. Sebab ingatkan banyak hotel yang kosong. Rancangnya nak walk-in saja. Lagipun sewaktu kami pergi, bukanlah musim cuti sekolah.

Jenuh jugak call dan singgah bertanya. Jenuh jugak Google. Semua penuh.

Nasib, ada satu Guesthouse ni ada bilik kosong. Cantik dan besar jugak guesthouse ni. Razak Guesthouse. RM100 saja untuk 1 malam.

Kata owner Guesthouse tu, bilik tu kosong sebab ada orang Kedah cancel booking. Orang tu tak boleh keluar kawasan sebab kawasannya di Kedah diisytihar PKPD.

Boleh hubungi Razak Guesthouse: 0199132369/0146335112

Jika anda nak pakej, anda juga boleh booking melalui nombor telefon tersebut. Saya tak ambil dengan dia sebab dah ambil pakej dengan ejen lain lebih awal. Maybe next time.

Berikut adalah hotel-hotel lain sekitar Merang:

Sutra Beach Resort Terengganu

Kembara Resort

4. Parking

Kalau datang menaiki kereta, anda boleh parking di kawasan jeti. Harga adalah RM5 sehari. Open air tidak berbumbung.

Kalau anda ambil pakej dengan agen, dia akan bawa anda ke tempat parking.

5. Booking Hotel (Agoda or Direct? Atau Agen Pelancongan)

Ada ejen yang memang tawarkan pakej termasuk hotel. Ada yang anda boleh customise.

Satu tip saya, kalau lah anda nak booking agen, tapi agen maklumkan yang pakej dah takdak kosong. Cuba cari agen lain dulu. Kalau habis jugak?

Jangan bimbang. Cuba check Agoda. Sebab kadang-kadang kuota yang diberi oleh hotel kepada agen dah habis, tapi kuota Agoda mungkin masih ada. Kalau masih juga tiada kosong, cuba hubungi hotel terus. Hotel di Pulau Redang agak banyak. Jadi biasanya akan sentiasa ada kosong.

Secara jujurnya, harga agen, Agoda dan direct hotel ni tidak banyak beza.

Ketika di sana, ada beberapa hotel yang saya nampak cantik, strategik dan mungkin boleh anda pertimbangkan jika sesuai dengan bajet anda:

  1. Sari Pacifica Resort
  2. Redang Beach Resort
  3. Laguna Redang Island Resort
  4. Coral Redang Island Resort
  5. Redang Paradise Resort
  6. Redang Lagoon Resort

Kebanyakan hotel di Pulau Redang terletak di Pantai Pasir Panjang (Long Beach). Di Pulau Perhentian pun, ada pantai nama Long Beach jugak.

Secara peribadi, kalau ke Pulau Perhentian dan Redang, saya suka guna agen. Bantu hidupkan semula ekosistem pelancongan di negara kita selepas PKP yang lama sebelum ini.

Selain tu, kelebihan guna agen adalah dia akan aturkan semua perkara seperti parking kereta, tiket bot pergi dan balik, trip snorkelling dan hotel. Jadi kita tak payah fikir apa-apa. Hanya bayar dan terus pergi. Jika anda seorang yang sibuk, sangat sesuai untuk guna pakej yang disediakan agen.

Jika anda tak mahu guna agen dan hendak uruskan sendiri pun tidaklah rumit sangat. Sebab ada juga hotel yang sediakan pakej snorkeling. Jadi bila sampai hotel, boleh ambil pakej snorkeling dengan hotel saja. Ada sesetengah hotel yang memang sediakan maklumat pakej snorkeling di website mereka. Anda boleh check dan bandingkan terlebih dahulu.

Pantai Pasir Panjang (Long Beach)

6. Speed boat atau Feri?

Di Merang, setahu saya hanya ada speed boat saja. Atau bot kecil.

Kalau anda bawak bersama orang tua seperti ayah, mak atau datuk dan nenek anda, mungkin boleh pertimbangkan untuk naik feri. Jetinya di Kuala Terengganu iaitu Jeti Syahbandar. Perjalanan menggunakan feri ambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit.

Pemandangan ketika sampai. Tengok air clear macam ni, sapa yang tak excited kan.

7. Snorkelling

Pakej snorkelling boleh direct tanya hotel atau ejen anda. Harga hampir sama. Sekitar RM50-60 untuk yang basic 4-5 snorkelling sites.

Walaupun saya bukanlah peminat snorkelling atau scuba-diving, tapi kalau ke pulau, saya akan tetap pergi snorkelling supaya ada lah aktiviti pada waktu pagi. Bagi saya pengalaman tengok ikan ni, kurang mengujakan. Personal preference masing-masing lah kan. Tapi mandi laut saya suka.

Ok, macam yang saya ceritakan di awal-awal tadi, pengalaman paling best waktu snorkelling di Redang adalah pengalaman main penyu. Entah macam mana, bila kami tengok semula gambar yang diambil, penyu tu seolah-olah memang sengaja datang kepada kami. Nampak dari jauh lagi dia dah menghala kepada kami.

Mungkin dia simpati dengan kami kot. Pergi Perhentian tak dapat main dengan penyu. Haha.

Di belakang sana, anda akan nampak penyu tu dah on the way datang ke arah kami
Waktu ni, kami tak perasan pun ada penyu dekat belakang kami
Agak lama juga penyu ni lepak dengan kami. Alhamdulillah rezeki.

8. Fin Renang

Ini kesilapan kami yang paling besar. Sebelum ni ketika kami ke Pulau Perhentian, kita boleh sewa fin, goggle, baju pelampung dan pelbagai peralatan snorkelling daripada hotel atau kedai-kedai. Jadi kami beranggapan, mestilah di Pulau Redang pun ada. Rupanya takdak.

Nasihat saya, beli dan bawa sendiri punya ja.

9. Go Pro

Sama juga macam poin no. 7. Di Pulau Perhentian ada perkhidmatan sewa action camera macam Go Pro. Untuk orang yang macam kami suami isteri ni, memang kena sangatlah. Tak payah fikir nak beli, sewa ja. Rupanya di Pulau Redang takdak perkhidmatan ni.

Cadangan saya, mungkin hotel atau orang Pulau Redang boleh buat business sewa action camera dan peralatan renang ni nanti. Sebab tak semua orang nak beli action camera sendiri. Unless anda kaki diving atau snorkelling.

Untuk yang nak beli sendiri pun OK. Kalau mampu dan rasa nak selalu guna, boleh beli brand Dji atau GoPro.

Tapi kalau jarang-jarang guna, saya rasa tak perlu pun beli brand yang mahal.

Lagipun sekarang dah ada macam-macam brand action camera dan harganya pun tak mahal sangat. Kualiti video dan gambar pun ok. Boleh check brand SJCAM. Saya tengok review orang dalam youtube pun bagus.

10. Night Life Activities

Kalau di Pulau Perhentian Kecil, ada persembahan api dan ada nyanyi-nyanyi di pantai pada malam weekend. Di sini takdak.

Hanya persembahan akustik atau karaoke di restoran hotel atau chalet saja yang ada.

Jika anda pergi dengan keluarga atau kawan-kawan, mungkin boleh rancang apa aktiviti yang nak dibuat pada sebelah malam. Atau mungkin boleh santai borak-borak tepi pantai sambil menikmati angin laut.

Kesimpulan

Bagi saya pengalaman ke sini memang best. Dari segi feel saya rasa, di Pulau Redang ni more towards family vacation style. Kalau di Pulau Perhentian Kecil, more towards orang muda style.

Memang di Pulau Redang kebanyakan pelancong datang dengan family. Sesetengahnya very big family. Datuk, nenek, makcik, pakcik, cucu, cicit.

Best dan berbaloi tak? Yup berbaloi.

Suggestion saya, kalau anda jenis nak relax dan santai, kena stay 4 hari 3 malam. Sebab hari last, dah dikira burn sebab kita dah nak gerak balik. First day pun consider hanya ada half-day ja.

Semoga perkongsian saya ini dapat memberi manfaat dalam perancangan cuti anda ke Pulau Redang. Jika berkelapangan, jemput juga baca penulisan saya yang lain iaitu berkenaan pengalaman dan tips ke Pulau Perhentian, Bukit Keluang, Cameron Highland, Nusa Penida dan Bali.

Related Post

6 thoughts on “10 Tips ke Pulau Redang
  1. lia

    terima kasih atas info

    • Zainal Abidin

      Sama-sama..

  2. Ros

    sorry nak tanya, kalau tak reti berenang boleh ke buat snorkeling ;)) pastu fin tu patut ada yea?

    • Passport18

      Biasanya bot snorkelling ada sediakan baju pelampung utk setiap orang. Sy suggest utk pakai yg tu. Mudah terapung. Bahkan tekong bot kami di Pulau Redang mmg sangat galakkan semua utk pakai walaupun reti berenang. Fin tu takda pun takpa. Kalau ada, laju sikit berenang. Atau kalau malas pakai baju pelampung, tapi tak reti berenang, ada fin boleh membantu kita terapung.

  3. rash

    Terima kasih atas perkongsian, really appreciate this..

    • Passport18

      Sama-sama. Selamat bercuti tuan.

Leave a Reply