Gibraltar: Wilayah Takluk Empayar Islam Di Sepanyol
Geografi dan Masyarakat
Gibraltar adalah sebuah pulau yang terletak bersempadan dengan utara Sepanyol. Ianya merupakan tanah jajahan empayar British yang belum diberikan kemerdekaan sehingga kini. Rakyat di Gibraltar diberikan kuasa autonomi untuk memerintah kecuali dalam bab ketenteraan dan hal-ehwal luar. Kuasa ketenteraan dan hal-ehwal masih dikawal oleh kerajaan UK. Rakyat Gibraltar memegang warganegara Britain.
Gibraltar mempunyai populasi seramai 32,000 orang. Kebanyakan rakyat Gibraltar bekerja dalam bidang kewangan, perkapalan dan pelancongan. Memandangkan masyarakat di Gibraltar berketurunan orang Sepanyol, maka bahasa Sepanyol masih digunapakai namun begitu bahasa rasminya adalah Bahasa Inggeris. Saiz Gibraltar adalah 6.8 km2. Iaitu lebih kurang 1000 kali ganda saiz padang bola sepak.
Landskap Berbatu
Gibraltar terkenal kerana mempunyai landskap batu kapur yang sangat menonjol dan bersaiz besar yang dikenali sebagai The Rock of Gibraltar setinggi 426 m.
Di sini juga terdapat satu-satunya spesis monyet atau beruk liar di Eropah yang tidak berekor dikenali sebagai Barbary.
Sejarah Ringkas
British menakluk wilayah Gibraltar ini ketika berlakunya kekacauan dan peperangan sesama negara-negara di Eropah kerana kematian Raja Sepanyol pada tahun 1700. Beliau tidak mempunyai sebarang anak. Maka negara-negara Eropah lain mengambil kesempatan untuk merebut negara dan negeri Empayar Sepanyol ini.
British berjaya menakluk Gibraltar pada tahun 1704. Walaupun Sepanyol membuat cubaan mengepung dan menakluki semula Gibraltar pada tahun 1727 dan dari 1779-1783, namun usaha ini gagal kerana komander dan tentera British di Gibraltar mendapat bantuan ketenteraan dari tentera British dari luar yang berjaya menyelinap masuk melalui kepungan tersebut.
Penaklukan Tentera Islam
Gibraltar suatu masa dahulu pernah menjadi wilayah takluk Islam ketika zaman pemerintahan Bani Umayyah. Ianya bermula pada tahun 711 apabila General Tariq bin Ziyad bersama 10,000 tenteranya tiba di Gibraltar.
Mengikut sejarah, General Tariq adalah seorang berbangsa Berber dan berasal dari Algeria. Beliau dikatakan dahulunya seorang hamba yang kemudian dimerdekakan selepas memeluk Islam. Beliau merupakan General kepada Empayar Bani Umayyah yang berpusat di Damsyik, Syria.
Ketika tiba di Gibraltar, beliau melihat tentera Islam ketika itu kelihatan gementar kerana lawan mereka berjumlah lebih ramai. Beliau mengarahkan tenteranya membakar semua kapal-kapal mereka. Tariq mengatakan mereka hanya ada 2 pengakhiran saja. Samada tewas dan gugur sebagai syahid ataupun menang. Tidak ada jalan untuk mereka berundur atau lari dari perang tersebut kerana kesemua kapal dan pengangkutan mereka telah dibakar.
Pertempuran antara kedua-dua tentera Tariq dan Raja Roderic telah berlangsung (Perang Guadalete) di mana akhirnya kemenangan berpihak kepada Tariq. Raja Roderic telah gugur bersama-sama tenteranya. Gugurnya Raja Roderic di medan perang menandakan berakhirnya pemerintahan beraja Visigoth dan bermulanya kemaraan dan kekuasaan di Sepanyol.
Nama Gibraltar diambil sempena nama Tariq, Jabal at-Tariq bermaksud Bukit Tariq.
Selepas menguasai Gibraltar, Ṭāriq kemudiannya mara untuk menakluk tanah besar Sepanyol. Kehadiran beliau dan tenteranya mendapat sokongan daripada penduduk tempatan yang berbangsa Yahudi kerana mereka sebelumnya telah ditindas oleh pemerintahan Visigoth. Dia kemudiannya berarak ke Toledo, ibu kota Sepanyol dan menakluki Córdoba.
Pada tahun 714, beliau dan seorang lagi Jeneral yang bertanggungjawab menakluki Sepanyol, Musa Ibn Nusair telah dipanggil balik ke Damsyik oleh Khalifah Walid bin Abdul Malik. Setelah kematian Walid pada tahun 715, khalifah penggantinya Sulaiman telah menamatkan perkhidmatan mereka berdua sebagai Jeneral tentera. Musa meninggal pada tahun 716 manakala Tariq pada tahun 720.
Artikel: 12 Tips ke Nusa Penida: SpeedBoat, Hotel, Pengangkutan dan Tempat Menarik
Muslim di Gibraltar
Pada masa kini, majoriti penduduk Gibraltar adalah beragama Kristian. Penduduk Islam hanya sekitar 1000 orang sahaja (4%).
Pada tahun 1997, Masjid Ibrahim al-Ibrahim telah dibina. Masjid tersebut terletak di tempat bernama Europa Point. Pembinaannya telah dibiayai oleh Raja Fahad Abdul Aziz dari Arab Saudi sebagai keperluan penduduk beragama Islam di Gibraltar. Pada waktu malam masjid ini dapat dilihat dari beberapa batu jauhnya.
Majoriti penduduk beragama Islam di Gibraltar berasal dari Maghribi. Orang Maghribi tiba di Gibraltar selepas General Francisco Franco (ketua negara Sepanyol) menutup sempadan yang menghubungkan Sepanyol-Gibraltar pada tahun 1969.
Kenapa Jumlah Penduduk Muslim Sedikit?
Memandangkan Gibraltar ini suatu masa dahulu pernah menjadi wilayah takluk pemerintahan Islam, pasti kita tertanya-tanya, tidakkah penduduk ini memeluk Islam? Dan sekiranya memeluk Islam, adakah keturunan mereka juga masih kekal beragama Islam?
Pemerintahan Islam menguasai Sepanyol lebih kurang 700 tahun. Walaupun tempoh nya lama, masyarakat diberi kebebasan untuk kekal dalam agama masing-masing. Tidak ada paksaan.
Selain daripada ada masyarakat Sepanyol yang memeluk Islam, peningkatan masyarakat Islam ketika itu juga disebabkan penghijrahan masyarakat Muslim dari negara jiran seperti Morocco (Maghribi) dan negara Afrika lain.
Jumlah penduduk yang menganut Islam mula berkurangan apabila pemerintahan Islam mula hilang pegangan ke atas Sepanyol. Pemerintahan baru yang beragama Kristian mengeluarkan arahan memaksa penduduk untuk memeluk agama Kristian serta mengharamkan agama Islam untuk dianuti. Isabelle yang memegang gelaran Queen Castille antara pemerintah yang mengeluarkan arahan sedemikian.
King Philipp II pada tahun 1567 mengharamkan penggunaan bahasa Arab, agama Islam dan sebarang pemakaian dan budaya yang berkaitan dengan Islam dan Arab untuk diamalkan.
Kemuncak kepada semua tindakan ini adalah apabila King Philipp III pada 1609 mengeluarkan arahan untuk menghalau semua masyarakat Islam di kawasan naungannya.
Justeru, komuniti Muslim yang berada di Gibraltar pada masa kini bukanlah keturunan penduduk asal tetapi sebaliknya mereka yang berhijrah 20-30 tahun kebelakangan ini dari negara jiran seperti Maghribi.
Artikel lain : Scam Yang Paling Best Pernah Kena