Scam Yang Paling Best Pernah Kena

Kena scam tu perkara biasa bila travel.
Plan lah cantik macam mana pun, kadang-kadang tu rezeki scammer. Haha.
Ada sekali tu jadi kt Bangkok.
Nak kata rugi, macam tak jugak.
Nak rasa marah atau bengang, tak jugak.
Tapi lebih kepada rasa lawak. Dan tak sangka ada scam se-kreatif ni.
Kejadian ni jadi tahun 2013. Waktu tu tengah buat master di UM, tiba-tiba rasa bosan. So minta cuti dekat supervisor untuk travel seminggu dengan sorang lagi member.
Kami bertolak dari KL naik flight ke Siem Reap. Stay 3 hari di Siem Reap, kemudian ambil minivan ke Bangkok. Perjalanan ambil masa lebih kurang 12 jam.

Minivan dropped kami di Khao San Road. Check-in hotel. Malam tu just ronda-ronda dan makan-makan sekitar hotel.
Pagi esoknya kami jalan-jalan di sekitar kawasan Grand Palace (Istana Raja).
Niat di hati memang takmau masuk pun ke dalam istana sebab pass masuk macam mahal ja. Lagipun macam belum ada mood untuk masuk tempat-tempat mcm ni. Sebab feeling confirmlah macam muzium. Muzium ni kalau setakat nak bergambar, baik tak payah masuk. Kena baca info-info yang dipamerkan baru lah ada manfaat. Kurang-kurang boleh lah dapat knowledge baru.
Kebetulan waktu kami kat luar gate Istana tu, ada seorang Pegawai Tentera pangkat Kapten mai menyapa. Memang banyak polis dan guard berkawal di kawasan hadapan Istana. Sembang-sembang biasa lah. Tanya dari mana. Berapa lama kami bercuti ke Thailand.
Dia bagitau, kalau boleh melawat lah Grand Palace. Katanya menarik. Pelancong yang ke Bangkok patut ambil kesempatan untuk masuk ke dalam istana.
Daripada rasa malas nak masuk, tiba-tiba rasa rugi pulak kalau tak masuk. Betul jugalah cakap Pegawai Tentera tu, bukan selalu mai ke Bangkok. Lepas ni mungkin takkan mai dah. Tapi dia bagitau, sekarang ni tak boleh masuk lagi. Tengah hari biasanya istana tutup sat sebab ada upacara sembahyang.
Mcm joykiller la sikit. Kami baru bersemangat rasa nak masuk tiba-tiba bagitau tutup pulak. Tapi dia cakap takpa tunggulah sat. Nanti buka masuklah.
Kebetulan, tiba-tiba ada pulak tuktuk warna hijau mai merapat.
Pemandu tuktuk offer untuk bawak jalan-jalan ronda Bangkok. Katanya akan bawak pusing kuil-kuil dan kedai suovenir. Harga 40 Baht (RM4) saja seorang. Dua orang baru RM8. Ok sangat ni. Murah !!
Pegawai tentera tu pun cakap ok pergi lah dulu jalan-jalan, nanti dah habis pusing pemandu tuktuk akan hantar balik ke sini. Kami pun setuju.
Mula-mula kami dibawa ke kedai emas. Kedai memang betul-betul ekslusif. Fuh mahal-mahal emas yang ada kat kedai tu. Memang kami tak beli lah. Sedangkan tadi nak beli tiket masuk istana pun rasa mahal, apatah lagi nak beli emas. Haha.
Lepas tu kami dibawa melawat ke beberapa kuil. Ok lah boleh tangkap-tangkap gambar.


Di kuil last tu kami jumpa seorang pakcik Thailand tengah berehat. Kami bersembang dan bila dia tahu kami dari Malaysia. Dia cakap ” You should buy gold here. Gold here is cheaper than Malaysia. You can buy and sell in Malaysia. I used to sell some gold to jewellery shop near Bangkok Bank in KL. Do you know Bangkok Bank?”
Seingat saya memang ada pun Bangkok Bank di area KL tu. Area Pudu. Pakcik tu siap tunjuk resit dia berniaga. Katanya, harini pun dia beli emas. Dia siap tunjuk resit.
Memang sia-sia ja lah nasihat Pakcik tu. Kami bukan ada duit pun nak beli emas ribu-ribu.
Artikel lain: 7 Tips Paling Lengkap Untuk Memilih Penginapan Homestay di I-City
Selepas tu kami dibawa pergi ke kedai souvenir.
Di kedai souvenir kami nampak pemanduk tuktuk tu diberi duit. Katanya duit minyak sebab bawa customer.
Dalam hati memang saya puji amalan sebegini. Ya lah win-win situation lah. Dia tolong bawak customer. Customer beli, kedai juga untung. Tapi kalau dapat customer miskin dan pokai macam kami, memang kedai tu akan rugi lah jawabnya.
Kat kedai tu ada lah saya beli sikit-sikit souvenir. Taktau overpriced atau tidak, tapi saya rasa bayaran tu fair lah dengan souvenir yang dibeli tu. Memanglah dipujuknya untuk beli barang-barang mahal, tapi relax ja lah saya tolak.
Lepas habis meronda dengan tuk-tuk yang makan masa hampir 1 jam 30 minit, kami pun dibawa semula ke tempat tadi. Pegawai tentera tadi dah takdak. Mungkin tadi dia kebetulan ja ada kat situ. Sebab dia pun cakap dia ada urusan di bangunan berhampiran.
Kami pun buat keputusan untuk berjalan kaki ke hadapan pintu Grand Palace. Sajalah nak tengok dah buka atau belum. Mesti ramai orang.
Bila dah sampai ke depan Grand Palace, tiba-tiba terdengar pengumuman yang dibuat, saya tak ingat exactly apa yang dia cakap tapi bunyinya macam ni lah
” GRAND PALACE TIDAK PERNAH DITUTUP. JANGAN TERPEDAYA DENGAN SESIAPA YANG MENGATAKAN ISTANA DITUTUP. GRAND PALACE IS OPEN EVERYDAY. ”
Tertera juga waktu operasi istana dibuka. Takdak pulak dia tulis rehat waktu tengah hari. Owh ok, mungkin upacara sembahyang tadi ni sekali sekala saja kot. Macam sembahyang jumaat. Seminggu sekali saja kan.
Artikel lain : Berapa kos melancong ke Pulau Perhentian?
So, bila pulak yang kena scam nya kan?
Scam nya adalah dibawa naik tuktuk untuk pergi ke kedai emas, souvernir dan kuil-kuil. Tuan kedai emas dah berpakat dengan pemandu tuktuk untuk bawa customer ke kedai emas in return for commission. Sebab tu lah di kedai souvenir, pemandu tuktuk dapat duit minyak.
Kalau kami beli emas tersebut, mungkin kami akan kena scam sebab boleh jadi harga emas mahal berbanding tempat lain. Ingat tak pakcik Thailand yang tunjuk resit berniaga beli emas. Itu semua orang depa lah. Konon-konon harga emas di Thailand lagi murah. Dan untung kalau balik jual di Malaysia. Hahaha. Halus kan cara dia.
Tapi depa silap orang lah. Lain kali kalau nak menipu tu belajar lah tengok orang dulu. Kami ni gaya backpackers ja. Mana mungkin mampu nak beli emas. Hahahahaha.
Bukan setakat tu, Pegawai tentera tadi tu pun saya syak geng scammer juga. Memang tugas dia untuk pancing pelancong yang lalu kat situ. Then bagitau Grand Palace berehat untuk sembahyang. Confirmlah he was one of them!
So bila pulak kami tersedar yang kami kena scam?
2 tahun lepas tu barulah sedar. Hahahaha. Tu pun sebab kebetulan saya terbaca blogger2 mat salleh tulis tentang isu ni. Saya taktau lah samada kawan saya tu dah sedar atau belum yang kami kena scam. Hahaha.
Tak rasa rugi sangat pun. Tak rugi langsung sebenarnya. Hahaha.
Sebab haritu memang kami enjoy ja dapat pusing-pusing naik tuktuk.
RM4 yang paling berbaloi. Hahaha.
Lagipun, in the first place memang takdak niat nak masuk dalam Grand Palace pun.
So kalau anda nak ke Bangkok tu, boleh lah test market. Samada hampa akan di-scam atau tidak. Hahaha.
GIBRALTAR: WILAYAH TAKLUK EMPAYAR ISLAM DI SEPANYOL - Passport18
[…] Artikel lain : Scam Yang Paling Best Pernah Kena […]