fbpx
Uncategorized

Boleh Tak Tumpang Kapal Container untuk Travel?

travel dengan kapal kargo Posted On
Posted By Passport18

Kita biasa dengar ramai orang bercerita travel dengan kapal terbang, bas dan kereta api. Tapi tak ramai yang bercerita tentang travel naik kapal pelayaran(cruise ship).

Kenapa? Salah satu sebabnya adalah mahal. Hampir RM5000 untuk pelayaran 5 hari 4 malam dari Singapore ke Phuket dan balik ke Singapore. Untuk orang biasa, harga sebegini boleh dikatakan mahal lah.

Kalau pengalaman naik cruise ship pun jarang kita dengar, apatah lagi cerita tentang naik kapal kargo untuk travel kan?

Persoalannya boleh tak kita tumpang kapal kargo ni untuk travel?

Jawapannya adalah boleh tetapi bukanlah PERCUMA.

Kebiasaannya ada had umur untuk penumpang yang ingin travel begini. Umur maksimum adalah 80 tahun. Kesihatan penumpang mestilah baik. Sesetengah kapal mengkehendaki kita untuk mendapatkan pengesahan kesihatan sebelum kita dibenarkan travel.

Bagaimana dengan harga ?

Dari survey yang dibuat,harganya tidaklah murah, sekitar 60-100 USD (RM 260 – 450) untuk 1 hari. Kalau 5 hari harga baru sekitar dari RM1500-1800.

Perbezaan cruise ship dan kapal kargo container?

Perbezaan sangat banyak.

Cruise ship adalah kapal pelancongan. Dalam tu ada swimming pool, karaoke, restoran, kasino, bar, band yang main muzik dan macam-macam lagi hiburan.

Kapal kargo container pula adalah kapal yang tidak ada semua tu. Sebab ianya kapal yang bawa barang. Tidak ada semua hiburan tersebut.

Jadi kenapa memilih untuk travel dengan kapal kargo container?

Sudah tentulah pengalaman.

Kalaulah anda travel dengan menaiki kapal kargo, mungkin anda satu-satunya rakyat Malaysia yang berbuat demikian.

Selain itu, dari kajian aku, sebenarnya ada sedikit perbezaan yang ‘menguntungkan’ kita jika kita travel dengan kapal kargo container.

Bezanya adalah dari segi bilik. Dengan bayaran harga yang sama, bilik yang kita akan dapat adalah lebih luas, besar dan selesa berbanding cruise ship.

Berapa lama tempoh pelayaran kapal kargo container?

Kebiasaannya adalah 40-50 hari.

Untuk sesiapa yang tidak mempunyai cuti yang panjang atau hanya setakat ingin merasai pengalaman di laut, anda boleh turun di mana-mana pelabuhan. Dan kemudian pulang menaiki kapal terbang atau pengangkutan lain.

Ada restoran atau tempat makan tak?

Tidak ada restoran. Anda akan makan bersama-sama dengan kru kapal. Jadi bolehlah ambil kesempatan bersembang dengan kru kapal.

Rokok dan minuman ringan juga dijual di atas kapal. Pembayaran adalah secara tunai sahaja.

Ruang makan

Ada internet tak?

Tidak ada.

Apa aktiviti yang boleh dibuat sekiranya travel dengan kapal kargo container?

Memandangkan kapal kargo tidak mempunyai segala jenis hiburan seperti cruise ship, maka pada pendapat aku, aktiviti yang sesuai dilakukan adalah berehat, membaca buku, bersantai di atas deck kapal, menulis buku, rakam video dan tengok movie. Atau anda juga boleh ke gym. Mana tahu, sewaktu anda turun dari kapal nanti, anda akan jadi abang sado 🙂

Jadi pastikan anda bawa buku, movie dan laptop anda bersama.

Ada perkhidmatan dobi tak?

Tidak ada. Tetapi mesin basuh dan pengering baju disediakan.

Bilik laundry

Bagaimana untuk buat tempahan?

Kebiasaannya tempahan perlu dibuat melalui agen. Tempahan perlu dibuat beberapa bulan sebelum kerana bilik untuk pelancong adalah terhad. Sesetengah kapal hanya ada 5 bilik sahaja.

Kesimpulan

Jika anda mempunyai masa dan wang ringgit serta inginkan pengalaman berbeza, bolehlah cuba travel dengan kapal kargo.

Related Post

Leave a Reply