Trip ke Bukit Keluang

Tidak ramai yang tahu, ada suatu bukit yang cantik di Terengganu. Sesuai untuk aktiviti hiking. Terletak lebih kurang 1 .5 jam dari Kuala Terengganu. Dikenali sebagai Bukit Keluang.
Ianya terletak dalam daerah Besut.
Kebiasaan orang luar apabila datang ke Terengganu, majoritinya akan ke pulau samada Pulau Perhentian atau Pulau Redang atau Pulau Kapas.
Beruntung negeri Terengganu. Boleh dikatakan hampir semua pulau-pulau yang cantik di negeri pantai timur adalah milik Terengganu.
Artikel: 13 Tips Melancong ke Pulau Perhentian Kecil
Pemandangan dari atas Bukit Keluang ni ala-ala Cliff of Moher kat Ireland tu. Cantik.
Bagi yang datang dari KL, Selangor atau negeri lain, sebaiknya bermalam lah di Kuala Terengganu dulu.
Saya dan isteri bertolak dari Shah Alam hari Sabtu jam 7 pagi. Sampai di Kuala Terengganu jam 2 tengah hari.
Kami santai-santai ke Pantai Batu Buruk, Masjid Kristal dan makan keropok lekor. Petang jam 6 kami check-in hotel.
Ada banyak pilihan hotel di Terengganu. Ini antara yang menarik. Jika rasa bersesuaian, boleh booking.
- J Suites Hotel (< RM150)
- Felda Residence Kuala Terengganu (< RM200)
- Grand Continental Hotel Kuala Terengganu (< RM250)
Hari Ahad, jam 5 pagi kami check-out dan bertolak dari hotel.
Kami subuh dan bersarapan di pertengahan perjalanan saja. Masjid dan warung memang banyak.
Oleh sebab kami berhenti untuk bersarapan, pukul 8 pagi baru kami sampai di kaki Bukit Keluang. Pukul 8 masih ok sebab belum panas terik.
Rupanya di sekitar Bukit Keluang ni ada juga homestay, resort dan hotel budget. Banyak juga. Mungkin kalau cuti sekolah akan full-house. Tapi kalau hari biasa mungkin kosong. Jadi kalau nak bermalam di situ mungkin kurang sesuai, sebab sunyi. Melainkan anda datang dengan keluarga atau kawan-kawan yang ramai.
Cadangan saya, sebaiknya menginap di Kuala Terengganu.

Untuk hiking, ambil masa lebih kurang 20-40 minit saja. Tak tinggi. Sesuai untuk kanak-kanak sekolah rendah. Trail tak bahaya dan tak terlampau curam. Cuma bahagian awal saja curam. Curam sikit. Selebihnya memang landai macam jalan dalam hutan.

Dan pemandangan kat atas Bukit Keluang ni memang cantik. Sebaiknya bawa lah breakfast makan kat atas ni. Air mineral jangan lupa. Takut nanti haus.
Di atas Bukit Keluang ada monyet. Jadi jaga-jaga lah beg dan makanan tu. Sebab monyet ni dia suka benda-benda tu. Sebab memang berlaku depan mata kami perkara tu.
Ceritanya ada sekumpulan pelajar-pelajar universiti yang hiking bersama-sama kami pada pagi tersebut. Ada yang bawa beg berisi makanan. Beruk datang dan ambil beg. Ada juga yang kena kejar dengan beruk. Jadi berhati-hati.


Ok gambar bawah ni Cliff of Moher di Ireland. Memang lah berbeza kan. Tapi boleh lah sekiranya belum ada rezeki ke sana, boleh pergi ke Bukit Keluang dulu.

Pada pandangan saya, kerajaan Negeri Terengganu kena tambah giat promote Bukit Keluang ni sebab ianya unik dan cantik. Bolehlah penduduk tempatan menjana pendapatan hasil kehadiran pelancong.
Jika anda pernah ke Bukit Keluang atau ada tempat-tempat lain yang menarik untuk dilawati di Terengganu, share dan komen lah pengalaman di bawah.
Terima kasih sudi membaca tulisan ini.
10 TIPS KE PULAU REDANG - Passport18
[…] pernah kami pergi ke Terengganu semata-mata nak panjat Bukit Keluang saja. Pemandangan atas Bukit Keluang tu cantik. Mirip-mirip Cliff of Moher […]
8 Tips ke Cameron Highland - Passport18
[…] Jika anda mempunyai masa, jemput baca tulisan saya yang lain berkenaan Bali, Nusa Penida, Pulau Perhentian Kecil, Pulau Redang dan Bukit Keluang. […]