Cameron Highlands vs Genting Highlands: Mana Lebih Best Untuk Bercuti?
Anda keliru taktau nak pilih Cameron Highlands atau Genting Highlands untuk percutian anda? Ok dalam penulisan kali ini saya nak kongsikan review saya berkenaan kedua-dua tempat ini untuk bantu anda buat keputusan.
Review ini saya tulis berdasarkan pengalaman dan pemerhatian saya dan isteri bercuti sebanyak 4 kali ke Cameron Highlands dan banyak kali juga ke Genting Highlands.
Selain itu, di hujung penulisan ini juga saya berkongsi pandangan saya tentang destinasi mana saya rasa lebih sesuai untuk dipilih sebagai destinasi honeymoon.
Salah satu perkara menarik bila difikirkan tentang Cameron Highlands dan Genting Highlands ni adalah kedua-duanya terletak di negeri Pahang. Walaupun untuk pergi ke Cameron Highlands perlu naik melalui jalan di negeri Perak, manakala untuk ke Genting Highlands, melalui jalan di negeri Selangor, tapi yang untung akhirnya adalah negeri Pahang. Haha. Itulah rezeki negeri Pahang.
Sebelum saya cerita secara detail, secara umumnya antara sebab mengapa saya rasa Cameron Highlands ni best adalah kerana ada banyak tempat menarik, cuacanya yang sederhana sejuk, suasana yang best, bajet percutian tidak terlalu mahal dan ada banyak pilihan hotel.
Lagi satu sebab kami suka ke Cameron Highlands adalah perjalanan ke Cameron itu sendiri bagi kami best. Boleh enjoy driving naik bukit sambil tengok hutan. Kebiasaannya dari Kuala Lumpur saya akan memandu naik ke Cameron Highlands melalui Simpang Pulai dan perjalanan turun melalui Tapah.
Genting Highlands pun kami suka jugak sebab dekat dengan rumah memandangkan kami tinggal di KL. Bolehlah escape untuk layan feel sejuk pada hujung minggu.
Kedua-dua tempat ni ada kelebihan masing-masing tapi suasana Cameron Highlands dan Genting Highlands ni totally berbeza.
1. Cuaca Sejuk
Cuaca Cameron Highlands adalah sederhana sejuk dengan suhu sekitar 22-24 darjah Celsius pada waktu siang. Pada waktu malam pula sekitar 15-16 darjah Celsius. 15-16 darjah Celsius ni sebenarnya agak sejuk juga. Sebab tu lah banyak hotel di sini tidak ada kipas mahupun aircond.
Cuaca sejuk di Cameron Highlands ni membolehkan kita buat aktiviti dengan lebih selesa dan santai. Nak pergi mana-mana pun taklah peluh sangat. Contohnya mungkin kita hendak bergambar di ladang teh atau taman bunga pada waktu tengahari pun taklah terasa terlampau rasa bahang dan panas.
Cuaca Genting Highlands pulak lebih sejuk dan berangin terutamanya pada waktu malam dengan suhu sekitar 15 – 20 darjah Celsius pada waktu siang dan 15-16 darjah Celsius pada waktu malam.
Setakat yang saya perasan, di Genting Highlands kita akan dapat rasa angin bertiup agak kuat berbanding dengan di Cameron Highlands. Di Cameron Highlands kita takkan rasa berangin sangat. Mungkin sebab di Genting tu, kita betul-betul berada di puncak manakala di Cameron tidak di puncak.
Tempat | Suhu Siang | Suhu Malam |
---|---|---|
Cameron Highlands | 22 – 24 | 15 – 20 |
Genting Highlands | 15 – 20 | 15 – 16 |
Jika hendak dibandingkan, suhu di bandar seperti di Kuala Lumpur adalah jauh lebih tinggi, sekitar 32-37 darjah Celsius pada waktu siang dan 24-28 darjah Celsius pada waktu malam.
2. Jenis Aktiviti
Jenis aktiviti di Cameron Highlands dan Genting Highlands adalah berbeza sama sekali kerana faktor geografi dan jenis pembangunan yang berbeza di kedua-dua tempat.
Cameron Highlands ni macam pekan-pekan lain di Malaysia biasa, cuma bezanya sejuk. Di Cameron Highlands ada 2 pekan yang besar iaitu Berinchang dan Tanah Rata. Kedua-dua pekan ni mempunyai banyak tempat menarik, hotel dan kedai-kedai. Shopping mall ada tapi sangat kecil (macam bazar ja haha).
Puncak Genting Highlands pulak hanya ada shopping mall, theme park dan hotel. Dalam banyak-banyak shopping mall di Malaysia, saya rasa shopping mall di Genting Highlands ni best sebab ianya besar dan bersambung pulak dengan theme park. Ada theme park yang kita boleh masuk free dan jalan-jalan dalamnya tanpa perlu beli tiket. Hanya beli tiket jika kita nak main permainan dia. Ada theme park yang kena beli tiket baru boleh masuk. Biasanya saya dan isteri selalu pergi yang free saja sebab kami hanya pergi berjalan-jalan dan window shopping dalam mall saja. Itu pun dah best. Haha.
a) Aktiviti Outdoor
Cameron Highlands
Kebanyakan aktiviti yang boleh dilakukan di Cameron Highlands adalah berbentuk outdoor. Antaranya adalah melawat ladang teh, ladang strawberry, taman bunga, pergi pasar malam dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti ini boleh dikatakan sesuai untuk semua samada anda datang dengan kawan-kawan, dengan keluarga atau anak-anak.
Cameron Highlands ni sangat sesuai jika anda nak bercuti secara santai-santai dengan keluarga atau anak-anak. (Senarai penuh tempat menarik di Cameron Highlands ada saya listkan di bawah)
Di Cameron Highlands juga, jika anda jenis suka adventure, anda boleh masukkan aktiviti hiking dan trekking Mossy Forest dalam senarai aktiviti outdoor anda. Tapi pada pandangan saya, aktiviti hiking dan trekking ni tak sesuai untuk kanak-kanak.
Berikut adalah tempat-tempak menarik yang boleh dilawati di Cameron Highlands untuk jalankan aktiviti outdoor. Ada yang berbayar dan ada juga yang percuma. Tempat-tempat menarik ini terletak di 2 pekan besar di Cameron Highlands iaitu Brinchang dan Tanah Rata.
Berikut adalah tempat-tempat menarik di Brinchang:
- Ladang Teh Boh Sungai Palas (percuma)
- Mossy Forest (kena mohon permit)
- Pasar Pagi Kea Farm Market (beli strawberi etc)
- Lavender Garden (Cameron Lavender) (Tiket: RM20 dewasa)
- Time Tunnel Museum (Tiket: RM8 dewasa)
- Cameron Highlands Flora Park (Tiket: RM50 dewasa)
- Ee Feng Gu Bee Farm (Masuk percuma)
- Pasar Malam Golden Hills (Setiap Jumaat dan Sabtu. Lokasi Pasar Malam)
- Cameron Centrum (shopping mall kecil dengan pelbagai kedai)
- Kampung Taman Sedia (Lokasi popular breakfast. Baca review saya)
- Flora Park Cameron Highlands (Tiket: RM50. Baca review saya)
Berikut pula adalah tempat-tempat menarik di Tanah Rata:
- Cameron Valley Tea House 2
- Sky Farm Agro Highlands Sg Bisik
- Cameron Adventurous (Kuala Terla Tea Plantation)
- Air Terjun dalam ladang teh Cameron Valley
- Kampung Taman Sedia
- Agro Technology Park MARDI Cameron Highlands (Tiket: RM6.50 dewasa)
- Animal Feeding Rainbow Garden
Genting Highlands
Aktiviti outdoor Genting Highlands pulak sangat terhad sebab memang Genting Highlands ni memfokuskan kepada indoor entertainment. Saya rasa ada satu atau dua saja aktiviti outdoor yang boleh dijalankan iaitu naik cable car dan melawat Chin Swee Temple .
Stesen cable car dan Chin Swee Temple terletak dalam perjalanan ke puncak.
Jika anda hendak memandu sendiri ke puncak, saya cadangkan untuk anda singgah dulu ke shopping mall Genting Premium Outlet. Mungkin anda nak shopping atau sekadar window shopping barangan butik branded seperti Luis Vutton, Gucci dan sebagainya. Kemudian sambung perjalanan ke Chin Swee Temple untuk bergambar dan baca sejarah Genting Highlands. Lepas tu barulah terus ke puncak.
Jika anda hendak merasa pengalaman naik cable car ke puncak Genting Highlands, anda singgah di Genting Premium Outlet juga. Kemudian naik cable car di situ. Sebelum sampai ke puncak, ada satu stesen perhentian iaitu Station Chin Swee Temple. Boleh turun dan nikmati pemandangan di situ. Luangkanlah masa sekitar 30-40 minit di situ. Kemudian naik semula cable car untuk ke puncak. Anda tak perlu tiket baru kerana tiket yang sama digunakan.
Jika anda memilih untuk naik cable car ke puncak, saya cadangkan untuk beli tiket pergi-balik terus. Lebih mudah tak perlu beratur dua kali beli tiket.
Cable Car (di Awana Skyway Station) | – Dibuka setiap hari 7 pagi – 11 malam – Jika datang dengan kereta, boleh parking di Awana SkyCentral car park atau Genting Premium Outlet (GPO) – Tiket: RM10 (sehala), RM18 (pergi-balik) |
Chin Swee Temple | – Dibuka setiap hari dari jam 8 pagi – 7 malam – Jika naik kereta, ada parking disediakan – Jika naik cable car, boleh turun di station Chin Swee – Masuk adalah percuma |
b) Aktiviti Indoor
Cameron Highlands
Bagi saya boleh dikatakan tidak ada langsung aktiviti indoor boleh dibuat di Cameron Highlands.
Genting Highlands
Antara aktiviti indoor yang boleh dijalankan di Genting Highlands adalah jalan-jalan dalam shopping mall, masuk dan main permainan theme park, main bowling dan tengok wayang.
Terdapat 3 shopping mall yang besar di Genting Highlands:
- Genting Highlands Premium Outlets (GPO)(tidak terletak di puncak)
- SkyAvenue (terletak di puncak Genting)
- First World Plaza (terletak di puncak Genting)
Dari segi lokasi, Genting Highlands Premium Outlets (GPO) tidak terletak di puncak. Ianya terletak di pertengahan jalan iaitu lebih kurang 7-8 km dari puncak. Jika anda memandu sendiri, anda boleh parking di sini dan naik cable car ke puncak. Di puncak, barulah anda akan sampai di Sky Avenue dan First World Plaza. Tapi jika anda nak naik kereta dan parking di SkyAvenue atau First World Plaza pun boleh.
Dalam ketiga-tiga mall ni, ada pelbagai jenis kedai yang menjual barang-barang seperti baju, kasut, jewellery, jam tangan, jeans, handbag dan sebagainya. Ada pelbagai jenis brand mahal-mahal dijual di sini. Anda boleh shopping puas-puas dan habiskan duit anda di sini. Haha!
Terdapat 2 theme park di Genting Highlands iaitu Genting Skytropolis dan Genting Skyworlds.
Genting Skytropolis adalah jenis indoor. Ianya terletak dalam First World Plaza di tingkat 1. Anda boleh jalan-jalan dalam kawasan theme park tanpa perlu tiket sebab tiket hanya diperlukan untuk main permainan.
Genting Skyworlds pula terletak outdoor. Tapi tidak jauh pun dari SkyAvenue Mall. Dari SkyAvenue, akan ada direction untuk ke entrance theme park Genting Skyworld ni.
Genting Skytropolis (Indoor) | Isnin – Khamis : 2 pm – 9 pm Jumaat – Ahad : 2 pm – 10 pm Pay-per-Ride Jika anda hanya nak main permainan tertentu saja, lebih murah beli tiket pay-per-ride. RM15-20 untuk sekali naik 1 jenis permainan. 1-Day Unlimited Ride Pass Jika anda nak main lebih dari 4 permainan, saya rasa lebih jimat untuk beli tiket jenis ini. RM65 (Harga online untutk warganegara) RM45 (Warganegara IC Pahang) |
Genting Skyworlds (Outdoor) | Dibuka setiap hari mulai 11 pagi – 6 malam Harga bermula daripada RM98 – RM190. Ada pelbagai jenis tiket combo dan pakej. Anda pilihlah mana yang sesuai dengan anda. |
3. Hotel
Cameron Highlands
Dari segi pilihan hotel, ada banyak hotel di Brinchang dan Tanah Rata dengan pelbagai kategori harga. Ada banyak hotel kecil, hotel besar, hotel murah dan hotel mewah. Homestay pun banyak.
Genting Highlands
Hotel di Genting Highlands adalah lebih mahal berbanding Cameron Highlands. Sebab hotel-hotel di puncak ni kebanyakannya adalah hotel besar.
Hotel berharga murah dan sederhana hanya ada di kaki gunung atau pertengahan jalan menaiki ke puncak. Jika anda nak cari hotel yang tak terlalu mahal ni, anda boleh menginap di Hotel Seri Malaysia Genting Highlands atau boleh cari hotel di sekitarnya.
4. Kedai Makan
Cameron Highlands
Kedai makan ada banyak dan mudah cari. Harga pun tidak terlampau mahal. Semua jenis masakan samada Melayu, Cina, India, Western dan Arab ada di Cameron. Kalau nak makan jenis fast food seperti KFC dan Marrybrown pun ada.
Untuk breakfast, saya cadang untuk anda cuba nasi lemak strawberry di Kampung Taman Sedia yang terletak di Tanah Rata.
Genting Highlands
Di puncak Genting Highlands, jenis makanan yang ada hanyalah apa yang dijual dalam mall. Walaupun sebenarnya banyak juga jenis makanan yang ada, cuma harganya lah agak mahal. Maklumlah makanan dalam mall. Haha.
Kalau untuk harga sederhana, mungkin anda boleh makan fast food macam KFC dan Marrybrown.
5. Destinasi Honeymoon
Jika anda sedang mencari destinasi berbulan madu atau honeymoon selepas melangsungkan perkahwinan dan belum lagi memilih mana-mana destinasi, bagi saya Cameron Highlands boleh menjadi pilihan destinasi honeymoon yang sangat menarik dan sesuai untuk pasangan pengantin baru seperti anda. Itu pun jika anda berhasrat untuk jadikan aktiviti outdoor sebagai aktiviti utama anda.
Dari segi pilihan hotel, ada banyak hotel dan homestay yang harganya murah, sederhana dan mahal di Cameron Highlands. Tepuk dada tanya selera.
Jika pergi honeymoon di Cameron Highlands, saya sarankan anda untuk memilih hotel sebagai tempat penginapan berbanding homestay kerana pada pendapat saya feeling honeymoon tu akan lebih terasa jika menginap di hotel berbanding di homestay.
Menginap di hotel boleh memberikan pengalaman honeymoon yang lebih romantik dan ekslusif.
Keadaan dan kemudahan dalam bilik hotel juga kebiasaannya lebih baik. Contohnya sebahagian hotel seperti Heritage Hotel Cameron Highlands menyediakan bath tub. Ada juga hotel yang menawarkan pakej khidmat spa seperti Century Pines Resort Cameron Highlands.
Hotel seperti Zenith Cameron menyediakan bath tub, spa dan swimming pool. Cuma harganya agak mahal sikit. Tapi bagi saya hotel ni berbaloi untuk percutian honeymoon.
Sebenarnya tak banyak hotel yang sediakan swimming pool di Cameron Highlands sebab cuaca sejuk.
Selain tu, menginap di hotel juga lebih privasi, mudah urusan check-in dan check-out serta ada breakfast.
Sudah tentu keselesaan dan fasiliti sesuatu hotel itu juga bergantung kepada harganya tapi sekurang-kurangnya di Cameron Highlands, ada banyak hotel dengan pelbagai harga untuk anda pilih.
Tidak semua orang sanggup dan mampu ambil hotel dengan harga RM300 – 500 untuk 1 malam. Tambahan pula ada baru saja habis banyak duit untuk buat majlis kahwin.
Lagipun kebanyakan masa siang kita mungkin akan banyak buat aktiviti di luar. Sudah tentu rasa tak berbaloi jika ambil harga yang di luar kemampuan kita.
Ada banyak hotel yang dalam lingkungan RM100-200 yang boleh anda menginap di Tanah Rata dan Brinchang.
Jika duit bukan isu, ada banyak saja hotel yang mahal-mahal di Cameron Highlands.
Penutup
Kalau anda nak bercuti dengan bajet sederhana, merasa suasana pekan kecil, buat aktiviti outdoor layan nature sambil enjoy suasana suam-suam sejuk, anda kena pilih Cameron Highlands. Feelingnya tu ada lah sikit-sikit macam bercuti ke luar negara sebab bila kita buat aktiviti outdoor pun boleh merasa sikit sejuk dinginnya tu.
Jika anda ada tidak kisah harga mahal dan hendak enjoy entertainment jenis moden seperti wayang, theme park, bowling dan shopping, maka anda kena pilih Genting Highlands.