Pengalaman ke Cameron Highlands Flora Park
Setelah 4 kali ke Cameron Highlands, ini kali pertama saya dan isteri jejak kaki ke Cameron Highlands Flora Park.
Walaupun kerap ke Cameron dan suka meronda-ronda di sekitar Tanah Rata dan Brinchang, tapi sebelum ini sebenarnya kami tak perasan kewujudan Flora Park. Mungkin terlepas pandang tentang Flora Park ni sebab lokasinya yang tak boleh access dengan skuter atau kereta sendiri.
Tempat Berkumpul & Parking
Untuk ke Flora Park, anda kena berkumpul di satu tempat (pick-up point) berdekatan dengan Kea Farm. Nama tempat tersebut adalah Flora Park Parking. Anda boleh parking kenderaan anda di sini. Dari sini, anda akan dibawa menaiki kenderaan pacuan 4 roda ke taman bunga tersebut.
Jarak tempat berkumpul ke taman bunga tak jauh. Dalam 1 km saja. Meredah tanah kebun.
Untuk pengetahuan anda, walaupun jarak dari pick-up point tidak jauh, tapi anda memang tidak dibenarkan pergi sendiri ke Flora Park. Wajib pergi ke pick-up point dan naik kenderaan pacuan 4 roda yang disediakan.
Tiket untuk masuk hanya perlu dibeli bilamana anda dah sampai ke pintu masuk taman bunga.
Harga tiket: RM50 dewasa, RM10 kanak-kanak (4-11 tahun, pastikan bawa MyKid anak)
Masa: 9.30 pagi sehingga 7.00 petang.
Waktu terakhir pick-up: 5.30 petang
Kalau hujan macam mana?
Itu lah yang berlaku kepada saya dan isteri. Kami pergi hari Isnin tengahari. Malas nak pergi weekend sebab confirmlah ramai orang. Hujan pulak.
Kami dah survey awal-awal harga tiket. Cuma bimbang kalau hujan berbaloi tak ? Nanti basah pulak dan tak boleh nak bergambar.
Sebelum naik kenderaan pacuan 4 roda tu, kami tanya pada staf, kalau kami pergi dan kemudian buat keputusan tak nak masuk ke taman boleh tak? Staf cakap boleh, cuma kena bayar harga transporation lah (merujuk kepada pacuan 4 roda). Berapa ringgit ? RM20 seorang. Fuh mahal ni! 2 orang dah RM40.
Bila kami sampai ke sana, rupanya sebahagian besar kawasan Flora Park adalah berbumbung. Lega. Tak basah. Isteri saya dah excited sangat nak masuk. Idea untuk ke sini pun idea dia lah. Takkan lah idea saya pulak kan. Haha.
Bergambar Selama 4 Jam
Saya beritahu pada isteri, alang-alang kita dah sampai dan lepas tu nak terus balik KL. Tak perlu nak kelam kabut. Take your time. Enjoy dan kita stay lah sampai tutup. Haha.
Saya dan isteri pusing-pusing dan explore hampir ke semua penjuru dalam taman bunga Flora Park. Hampir semua tempat juga kami bergambar. Cuma sayangnya, pada waktu tersebut Taman Sakura masih under construction.
Apa Yang Ada Dalam Flora Park?
- Pelbagai jenis bunga yang ditanam dan disusun dengan cantik.
- Ada juga rumah Hobbit. Untuk masuk ke kawasan rumah Hobbit ada bayaran lain dan perlu beli pakej yang mana anda akan dihidangkan dengan teh dan kek dan pastries. Harga adalah mengikut menu. Untuk 2 – 4 orang, ada menu berharga RM288. Anda boleh meluangkan masa selama 2 jam di rumah Hobbit tersebut. Bilangan rumah Hobbit ini terhad iaitu 5 buah sahaja. Jadi jika anda datang pada hari cuti umum atau weekend, mungkin lebih baik anda booking terlebih dulu.
- Ada 2 kafe satu di bahagian bawah dan satu lagi di atas puncak bukit.
Lain-lain
Jika anda bercadang untuk ke flora park, pastikan bateri handphone anda dicas penuh. Sebab anda akan ambil banyak gambar. Standby powerbank.
Setiap kali ke Cameron Highlands, kebiasaannya kami menginap hotel di sekitar Tanah Rata.
Untuk trip ini, kami menginap di hotel Rosa Passadena di Brinchang. Ini kali pertama saya dan isteri menginap di Brinchang. Hotel ini terletak betul-betul di tengah pekan. Dekat dengan kedai makan, 7-eleven dan 99-Speedmart. Lokasi strategik dan sesuai dengan harga.
Untuk dapatkan lebih banyak tips ke Cameron Highlands, boleh baca tulisan saya di sini.
Jika perlukan cadangan untuk itinerari, boleh rujuk itinerari 3 hari 2 malam atau 2 hari 1 malam yang saya sediakan.
Atau boleh rujuk tulisan saya yang lain berkenaan Cameron Highlands di sini.