fbpx
Cameron Highlands

Cameron Highland: Itinerari 3 Hari 2 Malam

Posted On
Posted By Zainal Abidin

Hari 1

8.00 pagi : Bertolak dari Shah Alam menggunakan lebuhraya PLUS menuju ke Simpang Pulai.

Saya prefer untuk naik ke Cameron Highland melalui Simpang Pulai. Untuk pengetahuan anda, boleh juga melalui Tapah. Cuma jalan di Simpang Pulai lebih besar dan elok.

12.00 tengahari: Tiba di Cameron Lavender Garden yang terletak di Brinchang.

Ada 2 pekan utama di Cameron iaitu Brinchang dan Tanah Rata.

Jika naik ke Cameron Highland melalui Simpang Pulai, anda akan jumpa pekan Brinchang dulu. Walaupun jarak ke Tanah Rata hanya sekitar 5 km, tapi biasanya jalan jem terutamanya jika hujung minggu.

Memandangkan kita dah sampai Brinchang, better guna kesempatan untuk explore apa yang ada di Brinchang dulu. Jadi saya suggest untuk singgah ke Cameron Lavender Garden.

Selain pokok lavender ada banyak lagi spesis pokok yang ditanam dan boleh dibeli di Cameron Lavender Garden.
Di Cameron Lavender Garden juga anda boleh beli strawberri; samada petik sendiri atau yang sudah dipetik.

3.00 petang: Check-in hotel di Tanah Rata.

Ada banyak hotel di Tanah Rata yang boleh dipilih antaranya:

  1. Century Pines Resort
  2. Avillion Cameron Highlands

Anda boleh klik nama hotel di atas untuk survey harga di Agoda. Saya dah link-kan.

Kebiasaannya saya booking melalui Agoda.

Saya pernah menginap di kedua-dua hotel tersebut. Selesa dan lokasinya strategik.

Wajib booking sebelum pergi sebab takut full. Weekend biasanya memang akan sentiasa full. Jadi rancang baik-baik percutian anda.

6.00 petang: Keluar berjalan-jalan di Pekan Tanah Rata dan cari tempat untuk makan malam.

Restoran dan gerai banyak di sini. Jika anda memilih hotel di atas, anda boleh jalan kaki saja. Sebab hotel tersebut betul-betul di pekan. Lagipun tak perlu fikir untuk cari parking lagi dah.


Hari 2

8.00 pagi: Menuju ke Ladang Teh Sungai Palas.

Ladang Teh di Sungai Palas terletak di Brinchang. Jadi anda akan menghadap 2 jem;

  1. Jem dari Tanah Rata ke Brinchang
  2. Jem bila masuk ke jalan ladang

Jalan masuk ke ladang teh biasanya agak jem sebab jalan agak kecil, jadi bila kereta bertembung akan jem.

Inilah jem yang kita mesti redah bila masuk ke jalan ladang. Jangan putus semangat. Relaks. Mesti ada cara kalau bertembung. Walaupun jalan kecil, tapi bertolak ansur lah sesama pemandu. Insyallah semua selamat.

Cadangan saya, kalau anda boleh keluar lagi awal, lagi bagus.

Kalau anda nak elak jalan jem dari Tanah Rata ke Brincang, saya cadangkan untuk anda menginap di hotel yang terletak betul-betul dan berhampiran simpang jalan masuk Ladang Teh Sungai Palas iaitu:

  1. Nova Highlands Hotel: Ada shopping mall berdekatan dan kedai makan bersebelahannya. Kawasan hotel terletak betul-betul depan jalan masuk.
  2. Copthorne Hotel Cameron Highlands: 900 m dari simpang jalan masuk ke ladang teh Sg. Palas.

Atau anda boleh pilih hotel di sekitar pekan Brinchang sendiri. Hotel banyak. Antaranya:

  1. Rosa Passadena
  2. Snooze Too Hotel

10.00 pagi: Tiba di Kafe Ladang Teh Sungai Palas.

Selain cafe, di sini juga terletak kilang proses teh Boh. Kita boleh melawat kilang tersebut. Anda juga boleh ambil gambar di ladang teh.

Memandangkan anda dah tempuhi jem yang agak teruk tadi, luangkan masa lama sikit di sini supaya berbaloi.

Pelbagai aneka juadah berasaskan teh ada dijual.

1.30 tengahari: Bertolak ke Mardi AgroPark di Tanah Rata.

5.30 petang: Berehat di hotel

8.00 malam: Bertolak ke pasar malam di pekan Brinchang.


Hari 3

8.00 pagi: Breakfast di hotel atau di Kampung Taman Sedia.

Jika anda sanggup tempuhi jem dan susahnya nak cari parking, boleh cuba breakfast di Kampung Taman Sedia.

Jika anda sewa motosikal, lebih mudah sebab kalau jem pun anda boleh mencelah.

Lokasinya tidak terlampau jauh dari Tanah Rata ( 1 atau 2 km).

Antara hidangan yang popular adalah nasi lemak strawberry dan waffle strawberry.

Ini kali ke-4 saya ke Cameron Highlands. Selain travel ke pulau-pulau, Cameron Highlands adalah tempat favourite saya dan isteri.

12.00 tengahari: Check-out dari hotel dan pulang melalui jalan ke Tapah.

Jika melalui jalan ini, anda boleh singgah ke satu lagi kafe yang agak glamor iaitu Kafe Cameron Valley.

Tidak seperti Kafe di Kampung Sungai Palas, kafe Cameron Valley ni terletak di tepi jalan.

Singgah minum teh di Kafe Cameron Valley. Anda juga boleh turun ke ladang teh di bawah. Nak beli teh pun boleh. Ada kedai di kafe tersebut.

Jika nak tahu lebih tips untuk ke Cameron Highlands, boleh klik baca posting saya yang lain di sini.

Sedikit video meronda-ronda menaiki scooter sewa di Cameron Highland.

Related Post

3 thoughts on “Cameron Highland: Itinerari 3 Hari 2 Malam
  1. Lokasi Pasar Malam Cameron Highland - Passport18

    […] Cameron Highland: Itinerari 3 Hari 2 Malam […]

  2. 8 Tips ke Cameron Highland - Passport18

    […] Sekurang-kurangnya 3 hari 2 malam. Kalau anda nak datang weekend, saya cadangkan kepada anda untuk ambil cuti hari Jumaat dan bertolak awal pagi ke sini. Rujuk itinerari. […]

  3. 4 Tips Percutian 2H1M ke Cameron Highlands - Passport18

    […] Cameron Highland: Itinerari 3 Hari 2 Malam […]

Leave a Reply