fbpx
Cameron Highlands

5 Tempat Wajib Dilawati di Cameron Highland & Lokasinya

Posted On
Posted By Passport18

Cameron Highlands merupakan lokasi percutian favorite saya dan isteri. Sepanjang 4 tahun, sudah 3 kali kami bercuti ke sana. Daya tarikan utama tidak lain dan tidak bukan adalah cuacanya yang sejuk. Kebiasaannya untuk mengelakkan trafik jem, kami akan sewa skuter. Pemilihan lokasi dan susunan itinerari juga penting untuk memastikan percutian ke Cameron Highlands berjalan dengan lancar dan kita semua puas hati. Saya ada menulis tentang tips dan itinerari ke Cameron Highlands untuk anda rujuk.

Cameron Highlands sangat sesuai untuk dilawati oleh semua lapisan umur; samada bujang, berkahwin, berkeluarga kecil atau besar, tidak ada masalah. Semua boleh. Macam-macam ada di sini.

Untuk penulisan kali ini, saya akan berkongsi lokasi beberapa tempat yang menarik untuk anda lawati. Saya sediakan link Google Maps untuk anda terus click sahaja.

1) Ladang Teh Sungai Palas

Ada 3 perkara yang anda boleh lakukan di sini.

  • Melawat kilang teh Boh.
  • Bergambar di ladang teh
  • Menikmati pelbagai jenis teh dan kek di Kafe Teh Sungai Palas. Kafe Teh Sungai Palas ni memang glamor memandangkan pemandangan yang sangat cantik

Untuk sampai ke Kilang dan Kafe Ladang Teh Sungai Palas, anda kena masuk jalan kampung sejauh 2-3 km dari jalan raya utama. Jangan bimbang sebab jalan adalah bertar. Cuma kadang-kadang apabila kereta berselisih, kenderaan salah satu arah kena berhenti sebab jalannya kecil. Sepanjang perjalanan masuk tersebut anda akan nampak pemandangan pokok teh.

Google Maps: https://goo.gl/maps/zTm9YNS2aknPw83U7

Kafe yang famous di kalangan pengunjung
Kena naik tangga dulu
Barulah sampai ke Kafe Ladang Teh Sungai Palas

2) Agro Technology Park MARDI

Ada pelbagai jenis pokok yang ditanam di sini. Jika anda hendak beli pokok kaktus, anak benih sayur-sayuran atau pokok bunga pun boleh.

Sangat sesuai untuk bawa anak-anak dan orang-orang tua. Sangat cantik untuk bergambar.

Parking kereta mudah dan tiket murah. Kanak-kanak masuk percuma.

Google Maps: https://goo.gl/maps/bvgmsoip5voXd56C9

3) Cameron Lavender Garden

Lavender ada juga yang berwarna merah, selain dari purple

Jika anda datang dari arah Simpang Pulai, saya cadangkan untuk terus ke sini memandangkan lokasi taman ini sebelum Pekan Berinchang.

Apa yang ada di sini?

  • Petik dan beli strawberi
  • Taman yang dipenuhi bunga lavender
  • Pelbagai jenis bunga
  • Makanan ringan

Harga tiket : RM20 (Dewasa) & RM10 (Kanak-kanak)

Tempat parking adalah terhad. Tapi anda boleh parking di tepi-tepi jalan.

Google Maps: https://goo.gl/maps/jc3uXN3hstfgSaWL9

Selain bunga lavender, banyak juga bunga-bunga lain yang ada di sini
Saya prefer beli yang dah dipetik 🙂

4) Nasi Lemak Strawberri, Kampung Taman Sedia

Semuanya ada unsur strawberry.

Di Kampung Taman Sedia ada banyak kedai makan yang menawarkan makanan dan minuman berunsurkan strawberi. Yang paling popular adalah nasi lemak strawberi. Boleh dikatakan semua kedai ada jual nasi lemak strawberi ni, cuma ada beberapa kedai yang viral. Sedap atau tidak itu bergantung kepada selera masing-masing. Bagi saya, sambal nasi lemak di sini biasa-biasa saja.

Waktu sarapan pagi adalah waktu tumpuan. Memang sangat sesak. Kalau anda datang naik kereta bersama keluarga, pastikan datang awal supaya mudah untuk parking dan tidak perlu beratur panjang untuk dapatkan meja.

Saya memang jenis tak sanggup beratur panjang.

Kedai-kedai di sini buka sampai petang, tapi nasi lemak hanya ada pada waktu pagi saja.

Aidilbadri Strawberries Cafe & Farm: https://goo.gl/maps/fnXu76RFWiJPvNc59

5) Kafe dan Ladang Teh Bharat

Kelebihan kafe ini adalah easy access sebab kedudukannya di tepi jalan.

Ada lagi satu lagi ladang teh yang besar di Cameron Highland iaitu Ladang Teh Bharat. Ladang teh ini menghasilkan teh jenama Cameron Valley. Jenama ini mungkin tidak terkenal seperti Teh Boh tapi boleh dikatakan setiap kedai di Cameron Highlands pasti menjualnya.

Di Ladang Teh ini juga ada kafe sepertimana Kafe Ladang Teh Sungai Palas. Bukan 1, bahkan ada 2 kafe.

Tidak seperti Kafe Ladang Teh Sungai Palas, kedua-dua kafe ini terletak di tepi jalan raya utama. Cadangan saya, anda boleh pergi ke sini sewaktu anda hendak turun pulang mengikut jalan arah Tapah.

Cameron Valley Tea House 1: https://goo.gl/maps/DbXMi8i3QyEWm2s78

Cameron Valley Tea House 2: https://goo.gl/maps/vaoFBYDrFjzHJ9AY6

Related Post

Leave a Reply