fbpx
Cameron Highlands

Pengalaman Breakfast Nasi Lemak Strawberry di Kampung Taman Sedia, Cameron Highlands

Posted On
Posted By Zainal Abidin

Mungkin ada antara kita yang jenis suka breakfast di hotel.

Lepas breakfast, boleh siap-siap dan terus mulakan aktiviti. Jimat masa.

Ada juga yang jenis suka breakfast di kedai atau warung luar bila pergi melancong.

Jadi bila booking hotel, dia tidak akan ambil breakfast. Bagus juga. Boleh berjimat pada harga hotel.

Ada juga yang jenis tak suka breakfast langsung.

Terus mulakan aktiviti sebab memang dia jenis makan lunch terus.

Tak kisah anda di kategori yang mana, yang penting anda happy dan dapat meluangkan masa melawat tempat best di Cameron.

Janganlah disebabkan anda tidak breakfast, tak bertenaga pula nak berjalan.

Alternatif kepada Breakfast di Hotel

Saya jenis yang suka breakfast di hotel. Tapi tidak semestinya makan breakfast yang disediakan hotel. Sebab kadang-kadang booking bilik tanpa breakfast perbezaan harganya sangat besar berbanding jika dengan breakfast. Bolehlah berjimat sikit. Kalau perbezaan harga sehari RM40, 3 malam dah jimat hampir RM120. Banyak tu.

Jadi kebiasaannya, kalau saya tak ambil breakfast, saya akan keluar sekejap pergi mana-mana kedai, beli nasi lemak atau kuih muih, kemudian balik bilik dan makan di bilik saja.

Kadang-kadang saya beli roti di 7-eleven malam sebelumnya.

Sebab itu lah saya akan pilih hotel yang berdekatan dengan kedai atau warung sarapan pagi. Mudah nak pergi bungkus.

Hotel kegemaran saya adalah Century Pines Resort. Saya pernah juga breakfast di hotel ni. Sedap dan puas. Harga hotel pun berpatutan.

Jika anda hendak hotel yang mahal sikit, boleh cuba menginap di Zenith Cameron.

Lokasi kedua-dua hotel ini sangat strategik. Betul-betul di Pekan Tanah Rata. Hotel pun besar dan cantik.

Tempat Breakfast Viral

Pernah satu ketika, tiba-tiba viral pasal nasi lemak strawberry. Mulanya saya pun tak boleh nak bayangkan rasa dia macam mana.

Tertanya-tanya adakah rasa strawberry tu pada nasi atau pada sambal?

Rasa strawberry ni kan masam-masam. Boleh masuk tak dengan nasi lemak? Sedap tak?

Mulanya malas nak terikut-ikut trend orang yang pergi makan nasi lemak strawberry bilamana pergi Cameron, tapi alang-alang dah sampai di Cameron, saya cuba jugalah.

Saya cuba cari kedai nasi lemak strawberry di beberapa kedai. Tapi banyak kedai tak jual. Rupanya menu nasi lemak strawberry yang viral tu ada di Kampung Taman Sedia.

Saya ingatkan menu nasi lemak strawberry ni ada di seluruh Cameron Highlands.

Rupanya tidak.

Hanya ada di kedai-kedai tertentu saja. Dan hanya ada pada waktu pagi sajalah.

Kedai yang popular dan viral dulu tu ada di Kampung Taman Sedia.

Sebenarnya ada banyak kedai-kedai makan di situ. Kedai-kedai ini ada yang buka waktu pagi saja, ada yang buka hingga ke petang. Ada yang buka malam saja.

Punyalah banyak kedai makan hingga saya rasa dah macam industri kedai makan pulak kampung ni. Makanan western dan stimbot pun ada dijual.

Di kampung ini juga terdapat banyak homestay. Mana lah tau kalau hotel penuh atau anda memang nak ambik feeling duduk homestay, boleh survey homestay di sini.

Kedai-kedai makan di sini menyajikan pelbagai jenis makanan berunsurkan strawberry. Jadi bukanlah hanya ada nasi lemak strawberry saja. Ada waffle, ais krim, yogurt dan pelbagai lagi.

Inilah suasana pada waktu pagi di jalan masuk ke Kampung Taman Sedia

Nasi Lemak Strawberry

2 kali saya pergi ke Kampung Taman Sedia.

Kali pertama adalah pada waktu petang. Saya ingatkan nasi lemak strawberry dijual sampai ke petang, rupanya tidak. Hanya dijual pada waktu pagi.

Bukan apa, terikut-ikut budaya di KL, waktu malam pun masih ada kedai yang jual nasi lemak.

Jadi waktu kali pertama pergi tu saya hanya makan ais krim dan yogurt saja.

Esoknya iaitu kali kedua, saya pergi pada waktu pagi.

Seperti dijangka, sesak teruk. Ramai orang dan banyak kereta. Nasib baik saya dan isteri menyewa motosikal. Mudahlah kami untuk mencelah dan dapatkan parking.

Kebanyakan kedai makan di situ boleh dikatakan semuanya penuh. Ada satu kedai tu, orang beratur panjang sampai luar kedai untuk tunggu meja. Saya rasa itulah kedai yang viral satu ketika dulu tu.

Untungnya bila naik moto ni, kami boleh mencelah. Kalau naik kereta, jenuhlah mengadap jem.
Punyalah ramai orang beratur nak masuk ke kedai yang viral ni, 200 Seeds Cafe (Abang Cafe) .

Saya dan isteri memang jenis tak sanggup beratur. Jadi kami ke kedai berhadapan dengan kedai tersebut. Nama kedai yang kami pergi adalah Aidilbadri. Di belakang kedai ini, ada kebun strawberry.

Kedai Aidilbadri ini pun ramai orang juga dan kami terpaksa menunggu meja kosong. Tapi ok lah. Tidaklah terlampau lama menunggu.

Kami order teh strawberry, nasi lemak strawberry dan waffle strawberry.

Inilah hasilnya…

Takkan makan waffle saja?

Ini baru betul. Mestilah order nasi lemak strawberry

Bila dah makan tu terjawablah di mana strawberry tu diletakkan. Nasi atau sambal bilis?

Strawberry dimasukkan dalam sambal bilis. Tapi jangan bimbang sebab tidaklah terlampau banyak. Jadi rasa masam straberry tu tak mempengaruhi sangat rasa sambal tu.

Dari segi air, air teh strawberry tu kurang best sebab air teh tu dibancuh menggunakan uncang perisa strawberry. Saya ingatkan ada cara special air teh tu dibuat. Contoh teh direbus dengan buah strawberry ka.

Kesimpulannya, dari segi kesedapan rasa, saya rasa biasa-biasa saja. Cuma pengalaman dan kemeriahan breakfast di sini unik dan best lah.

Bagi saya apa yang pengusaha kedai makan buat ni satu usaha yang kreatif dan wajar dipuji. Mereka memanfaatkan populariti tanaman strawberry dan teh.

Jadi kepada anda semua, jika ke Cameron Highlands, singgahlah untuk rasa nasi lemak strawberry di Kampung Taman Sedia.

Bahkan kalau boleh, jadikan Kampung Taman Sedia ni sebagai tempat wajib bila bercuti ke Cameron.

Saya juga ada menulis tentang tips untuk ke Cameron Highlands. Jika anda baru kali pertama hendak ke sana, boleh baca tips yang saya berikan supaya percutian boleh dirancang sebaiknya.

Related Post

Leave a Reply