9 Tips Percutian ke Kuala Lumpur

Salah satu tempat yang best di Malaysia untuk kita bercuti sebenarnya adalah Kuala Lumpur. Salah satu sebabnya adalah di Kuala Lumpur ini ada banyak aktiviti yang boleh dibuat. Anda hendak shopping, hendak bergambar dengan bangunan ikonik, dan pelbagai lagi aktiviti lain. Jadi kali ini saya akan berkongsi beberapa tips jika anda hendak merancang percutian ke Kuala Lumpur.
KANDUNGAN
- Pengangkutan
- Shopping
- LRT & MRT
- Waktu Sesak
- Lokasi Wajib dan Cantik Untuk Bergambar
- Muzium Negara, Masjid Negara dan Taman Burung
- Jalan-jalan Cari Makan
- Lokasi Hotel Strategik
- Taman Tema
1. Pengangkutan
Secara amnya, pengangkutan awam di Kuala Lumpur sangatlah baik. Jaringan perkhidmatan bas, tren, GrabCar dan teksi sangatlah meluas. Jadi anda tidak perlu bimbang untuk bergantung sepenuhnya kepada pengangkutan awam jika anda hendak pusing-pusing explore Kuala Lumpur.
Jadi anda boleh buat pilihan untuk datang dan explore Kuala Lumpur dengan memandu sendiri atau sepenuhnya menggunakan pengangkutan awam tanpa bawa langsung kereta ke Kuala Lumpur..
Jika anda hendak datang ke Kuala Lumpur dengan menaiki pengangkutan awam dari negeri anda, anda boleh memilih untuk tiba di stesen-stesen berikut:
- KL Sentral jika anda menaiki tren KTM atau ETS
- Terminal Bersepadu Selatan (TBS) jika anda menaiki bas
- Terminal Bas Hentian Duta jika anda menaiki bas
- Lapangan Terbang Subang
- KLIA
Antara beberapa kelebihan jika anda memilih untuk ke KL Sentral dan TBS adalah fasiliti yang selesa dan mempunyai jaaringan pengangkutan awam lain seperti KTM, LRT atau MRT untuk ke tempat-tempat lain. Jadi bila anda sampai, anda boleh terus menaiki pengangkutan awam ini untuk ke hotel anda. Sudah tentu, anda juga boleh order GrabCar.
Di Terminal Hentian Duta pula hanya ada teksi dan GrabCar.
Jika anda menaiki kapal terbang dan tiba di Lapangan Terbang Subang, anda boleh memilih untuk menaiki bas, teksi atau GrabCar.
Jika anda tiba di KLIA, anda boleh menaiki
- tren (KLIA Ekspress untuk KLIA – KL Sentral : harga bermula dari RM49.50 )
- bas (KLIA – KL Sentral: RM13-15)
- teksi (RM70-100)
- GrabCar (RM70-100)
Cadangan saya, untuk semua cara pengangkutan awam ini, bandingkan dulu harganya. Tidak semestinya GrabCar lebih murah berbanding teksi. Harga GrabCar boleh berubah-ubah bergantung trafik semasa.
2. Shopping
Di KL ada banyak pilihan tempat untuk shopping. Sudah tentulah ada yang murah, sederhana dan mahal. Untuk mainan kanak-kanak atau baju-baju wanita atau lelaki yang murah, anda boleh pergi ke Berjaya Times Square. Anda boleh explore kedai-kedai di sini, semuanya lebih kurang 6 tingkat. Pelbagai jenis style pakaian ada. Tapi barangan yang dijual di sini bukanlah original atau barangan branded. Kebanyakannya adalah copy ori atau jenama biasa tapi cantik dan murah. Lebih murah dari uptown dan downtown.
Jika anda teringin hendak ke shopping mall yang besar dan ada jual barangan branded, boleh ke
- Mid-Valley Megamall
- Suria KLCC
- IOI City Mall, Putrajaya
- Pavilion Kuala Lumpur
Kalau anda tidak mahu beli apa pun, saya sarankan anda untuk pergi juga ke shopping mall yang saya senaraikan (jika ada masa). Sekadar window-shopping dan jalan-jalan.
Kalau anda hendak beli baju melayu, baju kurung atau hendak buat persiapan untuk majlis pertunangan atau perkahwinan, boleh ke Jalan Tuanku Abdul Rahman (Jalan TAR). Berdekatan Jalan TAR ini juga terletaknya Jakel.
Untuk pengetahuan anda, di kawasan ini ada banyak hotel butik dan hotel yang berharga sederhana (RM100-150). Jika anda menggunakan bilik sekadar untuk tidur pada waktu malam dan rehat, tidak perlu ambil hotel yang terlampau mahal. Antara cadangan hotel:
3. LRT & MRT
Kebanyakan lokasi-lokasi menarik di Kuala Lumpur adalah berdekatan dengan stesen LRT dan MRT. Contohnya Berjaya Times Square, Suria KLCC dan Muzium Negara.
Jika anda ada anak-anak dalam lingkungan sekolah rendah, bawalah anak anda merasai pengalaman naik LRT atau MRT. Cuma elakkan waktu puncak seperti pergi dan balik kerja.
4. Waktu Sesak
Bagi yang datang ke Kuala Lumpur menaiki kenderaan sendiri, jika anda hendak menuju ke mana-mana lokasi di Lembah Klang, sebaiknya elakkan waktu puncak seperti waktu pergi 7.00 pagi hingga 9 pagi dan waktu balik kerja 4.30 petang hingga 7.30 malam. Perjalanan yang sepatutnya hanya 30 minit boleh menjadi hampir 2 jam. Jadi rancang waktu perjalanan anda sebaiknya. Jangan bazirkan masa terperangkap dalam kesesakan lalulintas.
5. Lokasi Wajib dan Cantik Untuk Bergambar
Menara berkembar Petronas KLCC adalah lokasi wajib jika anda datang ke Kuala Lumpur. Bergambar lah puas-puas di sini. Jika anda ada masa, boleh juga naik ke Skybridge dan observation deck di tingkat 86. Anda boleh guna langkah-langkah ini untuk dapatkan penjimatan harga.
- Daftar untuk dapatkan kupon diskaun RM15
- Beli di sini.
Di bawah KLCC ada shopping mall iaitu Suria KLCC, Aquaria KLCC dan taman rekreasi KLCC. Di dalam taman rekreasi tersebut juga ada kolam mandi terbuka kanak-kanak.

Selain itu, tempat lain yang wajib dilawati untuk bergambar (percuma tidak perlu bayaran):
- Menara Kuala Lumpur (ada restoran berputar 360 di atas jika anda hendak lunch, high tea atau dinner)
- Bangunan Sultan Abdul Samad (terletak di hadapan Dataran Merdeka)
- Pintasan Saloma KL (Saloma Link Bridge)
- Depan Pavilion Kuala Lumpur
Jika ada masa, luangkan setengah hari untuk ke Putrajaya (40 km dari pusat bandar KL). Ada banyak seni bina dan bangunan kerajaan yang cantik-cantik seperti
- Pejabat Perdana Menteri (Perdana Putra)
- Putrajaya International Convention Centre (PICC)
- Kementerian Kewangan
- Jambatan Seri Putra
Di Putrajaya juga ada dua buah masjid yang sangat cantik iaitu
- Masjid Putra
- Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin
Jika ada masa, anda boleh menaiki bot di tasik Putrajaya. Harga tiket adalah berbeza-beza bergantung kepada jenis pakej yang anda hendak. Harga setiket adalah serendah RM10 untuk kanak-kanak dan RM15 untuk dewasa bagi tempoh 30 minit. Bagi saya ini harga yang reasonable. Sila layari website ini untuk malumat lanjut.
6. Muzium Negara, Masjid Negara dan Taman Burung
Jika anda peminat sejarah, bolehlah melawat ke Muzium Negara. Selain pelbagai jenis artifak dan barangan, bangunan muzium itu sendiri cantik.
Untuk sampai ke sini, cara paling mudah adalah menggunakan Grab. Jika anda ingin LRT, anda boleh naik LRT dari hotel anda ke KL Sentral. Di KL Sentral anda perlu turun dari LRT dan tukar ambil KTM menghala ke Batu Caves. Berhenti di stesen Kuala Lumpur. Stesen ini terletak di hadapan Muzium Negara
Selepas habis melawat muzium, saya cadangkan anda singgah ke Masjid Negara. Dari muzium anda kena ambil GrabCar.
Dari Masjid Negara, ambil GrabCar ke Taman Burung.
7. Jalan-jalan Cari Makan
Di Kuala Lumpur ada semua jenis makanan. Western, masakan pantai timur, masakan Melayu, Thai, Cina, Pakistan dan macam-macam. Jika anda tidak kisah untuk redah kesesakan lalu lintas, saya cadangkan anda untuk ke Kampung Baru. Di sini terkenal dengan pelbagai jenis makanan. Ada pelbagai jenis kedai yang menawarkan masakan western, Thai dan masakan Melayu. Suasana pun meriah. Jika anda berminat untuk menginap di kawasan Kampung Baru, ada satu hotel yang sangat best, moden, harga berpatutan dan cantik; Tamu Hotel & Suite Kuala Lumpur
Satu lagi tempat makan yang hanya ada di Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Penang yang boleh anda cuba adalah di IKEA. Lepas makan bolehlah shopping di IKEA pula. Haha.

8. Lokasi Hotel Strategik
Kebiasaannya apabila saya travel, saya akan pilih hotel yang terletak di tengah-tengah bandar. Jika terlampau mahal, saya akan cari yang luar sikit saja dari kawasan tengah bandar. Kenapa? Supaya saya dapat ambil feel happeningnya bandar tersebut pada waktu malam. Dan kadang-kadang pada waktu tengah malam, saya akan keluar jalan kaki pusing-pusing bandar.
Ada beberapa hotel di sekitar KLCC yang boleh anda pertimbangkan. Jarak ke KLCC hanya sekitar 1-3 km. Jadi anda boleh jalan kaki saja untuk ke KLCC. Jangan bimbang, tidak semua hotel mahal. Harga sederhana. Anda boleh klik nama hotel, survey dan tengok dulu. Saya link kan dengan Agoda. Jika kena dengan cita rasa dan sesuai dengan budget, barulah booking atau boleh bookmark dulu.
- Tamu Hotel & Suite Kuala Lumpur (RM250-400)
- Royale Chulan Kuala Lumpur (RM250-400)
- Hotel Maya Kuala Lumpur (RM300-500)
- Traders Hotel (RM300-600)
- Mandarin Oriental Kuala Lumpur (RM800-1000)
- Four Seasons Hotel Kuala Lumpur (RM1200-1400)


9. Taman Tema
Alang-alang ke Kuala Lumpur, tidak salah jika anda lajak ke negeri Selangor dan Genting Highlands kerana anda boleh melawat
- Taman Tema Sunway Lagoon
- Taman Tema Indoor Genting Highlands
Tapi jika anda tidak mahu ke dua-dua taman tema ini tetapi hanya stay sekitar Kuala Lumpur saja, saya cadangkan anda untuk ke taman tema indoor yang terletak dalam Berjaya Times Square. Sambil-sambil isteri anda shopping, anda bawalah anak-anak anda bermain dalam tema yang terletak di tingkat 5. Roller coaster pun ada !
Penutup
Baiklah itu saja tips saya untuk percutian ke Kuala Lumpur. Jika anda berminat, saya juga ada menulis berkenaan trip ke Bali, Cameron Highlands, Pulau Redang dan Pulau Perhentian Kecil.
Selamat bercuti.
8 Tips ke Cameron Highland - Passport18
[…] 9 Tips Percutian ke Kuala Lumpur […]