Review dan Pengalaman Menginap di Panwaburi Beachfront Resort

Dalam tulisan kali ini, saya ingin berkongsi review dan pengalaman menginap di Panwaburi Beachfront Resort.

Beberapa tahun yang lepas hotel Panwaburi ni jadi viral sebab ada pelancong share reel di IG dan Tiktok depa main kayak dalam kolam.

Jika anda bercadang untuk bercuti ke Phuket dan sedang mencari hotel, boleh baca review dan pengalaman saya ni dan pertimbangkan hotel ini samada sesuai dengan anda atau tidak.

1. Lokasi

Panwaburi Beachfront Resort ini agak jauh dari main tourist area dan jauh dari town yang popular di Phuket seperti Patong, Karon dan Kata.

Ia terletak lebih kurang 20 km (45 min – 1 jam) dari

  • Phuket Oldtown
  • Patong
  • airport

Betul-betul depan resort ni ada pantai kecil yang tak berapa cantik pun dan air laut nya tak jernih sangat pun. Tapi kalau nak mandi berendam tu ok ja. Kena tunggu air pasang. Kalau surut, memang teruk pantainya. Nama pantai ni adalah Ao Yon.

Panwaburi Resort dan pantai Ao Yon ni hanya dipisahkan oleh sebatang jalan saja. Sebab tu lah dalam nama hotel ni ada perkataan “Beachfront”. Jadi kalau nak santai lepak di pantai malam-malam tu senanglah sebab dekat.

2. Kedai makanan halal

Ada 1 kedai makan halal di luar kawasan hotel iaitu betul-betul di sebelah parking hotel.

Kedainya kecil, ala-ala warung saja.

Nama kedai tersebut adalah Ao Yon Seafood.

Saya datang makan di kedai tersebut sebab nampak banyak pakcik-pakcik Thailand geng masjid datang makan sini.

Saya rasa pakcik-pakcik dan pekedai ni orang tempatan Phuket sebab depa semua ni tak boleh cakap Melayu. Kalau orang Islam Yala Patani Narathiwat semuanya boleh bercakap bahasa Melayu.

Anyway, harganya mahal lah sikit walaupun warung kecil. Mungkin sebab depa tahu kita pelancong luar.

Ada 1 lagi kedai lain iaitu Khaokhad Halal Food&Drinks. Jaraknya 800 m dari Panwaburi.

Kedai makanan halal (Ao Yon Seafood) yang terletak betul-betul di sebelah hotel.

3. Kedai 7-eleven

Kalau anda nak cari makanan halal macam burger, roti semua tu, boleh juga pergi ke Kedai 7-eleven. Ianya terletak 1 km dari hotel.

Ada juga kedai 24 jam yang lain iaitu Tops Daily Ao-Yon Khaokhad yang mana jaraknya dekat sikit iaitu 750 m dari hotel. Kalau dari hotel, ianya satu jalan ke arah 7-eleven. Tapi dari review yang saya baca, pilihan makanan halal Tops Daily ni tak banyak macam 7-eleven.

Untuk pergi ke 7-eleven dan Tops Daily ni, ramai pelancong suka guna jalan shortcut ikut bukit tepi laut. Tapi itu pun kalau air surut.

4. Bilik Pool Access

Ketika saya menginap di Panwaburi Beachfront Resort, saya pilih bilik pool access.

Di Panwaburi ni, saya rasa bilik yang paling berbaloi adalah bilik pool access. Senang nak mandi kolam. Buka ja pintu balkoni, terus boleh terjun kolam. Bean bag disediakan di balkoni bilik kita. Dah puas mandi, boleh santai di balkoni. Nak sambung mandi, boleh terjun sambung mandi.

Bilik jenis lain bagi saya biasa-biasa saja. Takdak kelebihan apa-apa pun. Sama mcm hotel biasa.

Balkoni di bilik pool access di Panwaburi Beachfront Resort
Balkoni bilik yang bersambung terus dengan kolam renang untuk bilik pool access
Berkayak di swimming pool Panwaburi Beachfront Resort
Santai di balkoni sambil ready untk sambung berkayak di malam hari

Konsep bilik adalah minimalist. Simple.

Lampu bilik dia jenis cerah.

Saya tak berapa minat konsep macam ni.

Saiz katil ok. Tilam agak keras tapi selesa. Bantal selesa

Bilik Pool Access di Panwaburi Beachfront Resort
Sinki di luar tandas dan mengadap katil haha

Tandas pulak lain sikit berbanding hotel lain. Biasanya tandas dan tempat mandi hotel bersekali dalam 1 ruang tapi tandas dan ruang mandi adalah berasingan.

Dinding dan pintu pulak dibuat daripada kaca. Kalau anda datang suami isteri saja ok lah. Tapi kalau ada anak-anak atau datang dengan kawan, susah lah. Haha.

Toiletries disediakan secara percuma dalam bilik.

Toilet di Panwaburi Beachfront Resort
Bilik mandi dan jamban asing-asing.

5. Fasiliti Hotel

Kelebihan Panwaburi Beachfront Resort ni adalah pada kolamnya.

Di sini ada 2 kolam; kolam utama dan kolam kecil.

Kolam utama adalah kolam besar dan panjang yang banyak video viral di Instagram, Tiktok atau shorts di Youtube.

Anda boleh berkayak dalam kolam tersebut. Itulah yang bestnya tu. Tak pernah lagi saya pergi hotel yang ada kayak dalam kolam renangnya. Bagi saya ianya best lah sebab dah lama tak main kayak.

Anda tak perlu sewa kayak tersebut. Kalau takda orang guna, ambil saja dan guna. Kayak dah memang diletakkan dalam kolam. Waktu saya pergi tu ada 2 atau 3 saja kayak.

Fasiliti lain takda apa yang best pun. Semuanya biasa saja.

Ini kolam utama Panwaburi. Panjang. Berkayak pun puas. Berenang pun puas.

6. Harga

Saya menginap di Panwaburi Beachfront Resort adalah sekitar bulan Ogos. Bulan Ogos adalah low-season di Phuket.

Low season di Thailand terjadi disebabkan 2 faktor:

(1) kurang pelancong dari Eropah kerana biasanya mereka datang ke Thailand pada bulan Disember hingga Mac untuk lari dari musim sejuk (salji) di negara mereka dan

(2) cuaca kadang-kadang hujan.

Mengambil kira faktor-faktor ini, maka hotel pun akan ubah-ubah harga mereka untuk maksimumkan keuntungan. Saya bayar lebih kurang RM400 untuk 1 malam untuk bilik Deluxe Double Room with Pool Access (tanpa breakfast). Dengan fasiliti kolam dan kualiti bilik yang saya menginap tu, saya rasa harga tersebut adalah fair value.

Tapi saya juga pernah check harga ketika bulan Februari iaitu high-season, bilik yang sama seperti saya berharga RM1300. Fuh mahal betul. Tak masuk akal dan bagi saya tak berbaloi pun. Jadi kalau memang anda bercadang untuk ke Panwaburi dan tak nak tidur hotel lain, check dulu harga sebelum apply cuti. Haha. Saya suka guna Agoda.

Kesimpulan

Jika anda inginkan bilik yang berkonsepkan minimalist, bilik pool-access, boleh berkayak dalam kolam renang maka Panwburi Beachfront Resort ni sesuai dipertimbangkan.

Bagi saya, kekurangan hotel ini adalah lokasinya yang agak jauh dari semua tempat. Tapi jika anda sewa kereta sendiri atau tak kisah untuk bayar tambang grab RM60-80 setiap kali anda keluar trip ke mana-mana, then no problem lah.

Jika nak harga yang reasonable, pertimbangkan untuk pergi selain dari bulan Disember, Januari, Februari dan Mac.

Selamat bercuti!!

Similar Posts

Leave a Reply