Pengalaman Memandu dan Cara ke Pulau Perhentian Kecil
Assalamualaikum semua. Dalam penulisan kali ini saya akan berkongsi pengalaman memandu dan cara-cara ke Pulau Perhentian Kecil.
Selain itu, saya juga akan kongsikan cara lain jika anda tak nak memandu sendiri ke sana.
Jeti untuk ke Pulau Perhentian Kecil terletak di Kuala Besut.
Jika anda hendak ke Pulau Perhentian Besar pun, anda akan naik di Kuala Besut juga.
1. Kuala Lumpur ke Jeti Kuala Besut
Dalam konteks penulisan saya ni, saya gunakan Kuala Lumpur sebagai contoh memandangkan saya menetap di KL.
Ada beberapa cara untuk sampai dari KL ke Jeti Kuala Besut.
a) Memandu sendiri (Anggaran masa 8 – 9 jam)
- Ikut Lebuhraya Pantai Timur (masuk ikut tol Gombak dan exit di Kuala Terengganu. Kuala Terengganu adalah penghujung higway LPT2).
- Kemudian dari Kuala Terengganu pilih jalan menghala ke jeti Kuala Besut. Kalau nak ikut jalan tepi laut dari Kuala Terengganu, boleh guna Google Maps dan pilih “via Jln Kampung Raja – Kampung Che Salamah/Route 3684”.
- Ada 5 RnR yang anda boleh berhenti di sepanjang Lebuhraya Pantai Timur iaitu Temerloh, Gambang, Perasing, Paka dan Ajil.
- Kelebihan memandu sendiri ni adalah anda boleh berhenti menyinggah di mana-mana yang anda kehendaki. Nak pergi toilet ka, nak singgah tidur ka, nak makan minum ka. Senang dan fleksibel.
- Kos perjalanan seperti minyak dan tol juga sederhana.
- Di sekitar jeti Kuala Besut ada banyak kemudahan parking. Harga parking adalah RM10 sehari. Kebanyakan tempat parking ni adalah diusahakan oleh penduduk sekitar yang mana kita akan parking dalam halaman rumah mereka.
- Jika perjalanan anda sampai ke Jeti Kuala Besut pada lewat petang atau malam yang mana tiada lagi operasi bot ke pulau, saya cadangkan anda untuk bermalam dulu 1 malam di hotel atau homestay sekitar jeti. Esok pagi terus ambil jeti awal pagi ke pulau. Ada 2 hotel yang sangat dekat dengan jeti dan saya tengok review Google nya bagus: Roomstay By Abe Cottage dan Ain HOTEL.
- Kesilapan saya dulu adalah saya bertolak tengah malam dan sampai di jeti Kuala Besut awal pagi. Lepas tu terus naik bot ke pulau. Di pulau, 1st day tu memang mengantuk dan letih sebab malam driving tu tidur sekejap saja.
Baca : 13 Tips Percutian dan Perkongsian Pengalaman ke Pulau Perhentian Kecil
Tekan butang Gogle Maps di bawah untuk dapatkan jalan pemanduan ke Jeti Kuala Besut beserta 5 hentian R&R di sepanjang perjalanan.
b) Naik Bas (Anggaran masa perjalanan 8 – 9 jam)
- Jika anda dari negeri selain KL, semak dulu samada ada bas anda tu direct ke Terminal Bas Kuala Besut atau tidak. Jika tidak ada, mungkin anda boleh berhenti di Stesen Bas Kota Bharu atau Stesen Bas Kuala Terengganu. Dari situ ambil bas atau naik Grab ke jeti Kuala Besut (dari Kota Bharu: 1 jam, dari Kuala Terengganu: 2 jam).
- Jika anda dari KL, anda boleh naik bas di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) dan turun di Terminal Bas Kuala Besut (TBS – Terminal Bas Kuala Besut – Jeti Kuala Besut)
- Dari Terminal Bas Kuala Besut, hanya berjalan kaki 10 minit untuk sampai ke jeti.
- Kelebihan naik bas adalah kos murah dan boleh rehat tidur secukupnya atas bas.
c) Naik kapal terbang
- Naik flight di KLIA atau Subang dan landing di airport Kota Bharu atau Kuala Terengganu.
- Kemudian naik teksi atau Grab untuk ke jeti Kuala Besut.
- Dari Lapangan Terbang Kota Bharu ke jeti akan ambil masa 1 jam dan kalau dari Lapangan Terbang Kuala Terengganu pula 1.5 – 2 jam.
- Kos naik kapal terbang ni mahal tapi cepat dan selesa.
- Sebenarnya pada pendapat saya, jumlah masa naik kapal terbang pun sebenarnya lama juga sebab anda perlu pergi ke airport selewat-lewatnya 1 jam sebelum. Lepas tu tunggu luggage lagi. Cuma dari segi keselesaan tu, memang selesa lah.
2. Jeti Kuala Besut ke Pulau Perhentian Kecil
| Jadual bot bertolak | Jeti – Pulau Perhentian Seawal jam 7.00 pagi. Kekerapan bot adalah setiap 1 jam Bot terakhir 4.00 petang. Pulau Perhentian – Jeti 8 pagi, 12, tengahari dan 4 petang sahaja. |
| Berapa lama perjalanan bot | 30 – 45 minit |
| Harga tiket bot (sehala) | Dewasa : RM35 Kanak-kanak : RM20 Bayaran Marine Park Dewasa : RM5 Kanak-kanak : RM2.50 *Perlu dibayar ketika di jeti |
| Drop-off point | Ada perlu maklumkan nama hotel anda kepada pemandu bot supaya dia tahu jeti mana untuk turunkan anda. Coral Bay dan Long Beach adalah destinasi yang popular di kalangan pelancong ke Pulau Perhentian Kecil. |