Pengalaman ke Cameron Highlands Flora Park

Setelah 4 kali ke Cameron Highlands, ini kali pertama saya dan isteri jejak kaki ke Cameron Highlands Flora Park.

Walaupun kerap ke Cameron dan suka meronda-ronda di sekitar Tanah Rata dan Brinchang, tapi sebelum ini sebenarnya kami tak perasan kewujudan Flora Park. Mungkin terlepas pandang tentang Flora Park ni sebab lokasinya yang tak boleh access dengan skuter atau kereta sendiri.

Tempat Berkumpul & Parking

Untuk ke Flora Park, anda kena berkumpul di satu tempat (pick-up point) berdekatan dengan Kea Farm. Nama tempat tersebut adalah Flora Park Parking. Anda boleh parking kenderaan anda di sini. Dari sini, anda akan dibawa menaiki kenderaan pacuan 4 roda ke taman bunga tersebut.

Jarak tempat berkumpul (pick-up point) ke taman bunga tak jauh. Dalam 1 km saja.

Walaupun jarak dari pick-up point tidak jauh, tapi anda memang tidak dibenarkan pergi sendiri ke Flora Park. Wajib pergi ke pick-up point dan naik kenderaan pacuan 4 roda yang disediakan.

Jalannya meredah tanah kebun. Memang tak sesuai naik kereta sendiri.

Tiket untuk masuk ke Flora Park hanya perlu dibeli bilamana anda dah sampai di pintu masuk taman bunga.

Pick up point dan tempat parking kereta. Boleh guna Touch n Go untuk parking.

Kalau hujan macam mana?

Itu lah yang berlaku kepada saya dan isteri. Kami pergi hari Isnin tengahari. Malas nak pergi weekend Sabtu Ahad sebab confirmlah ramai orang.

Bila kami sampai di pick-up point, hujan dah mula rintik-rintik. Adoii. Saya jeling jugak tengok isteri. Kot dia nak cancel. Haha. Tapi dia nampak masih bersemangat nak pergi jugak.

Sebenarnya kami dah survey awal-awal harga tiket. Harga tu keras sikitlah bagi kami. Tapi mengingatkan once in a lifetime experience, haha maka kami pergi ja lah.

Cuma bimbang kalau hujan berbaloi tak? Nanti basah pulak dan tak boleh nak bergambar.

Sebelum naik kenderaan pacuan 4 roda tu, kami tanya pada staf, kalau kami pergi dan kemudian buat keputusan tak nak masuk ke taman boleh tak? Staf cakap boleh, cuma kena bayar harga transporation lah (merujuk kepada pacuan 4 roda). Berapa ringgit ? RM20 seorang. Fuh mahal ni! 2 orang dah RM40.

Bila kami sampai ke sana, rupanya sebahagian besar kawasan Flora Park adalah berbumbung. Lega. Tak basah. Isteri saya dah excited sangat nak masuk. Idea untuk ke sini pun idea dia lah. Takkan lah idea saya pulak kan. Haha.

Tiket dibeli bila tiba di entrance Flora Park. Tiket ni simpan elok-elok sebab waktu nak balik, sebelum naik trak, pemandu akan minta untuk tengok tiket.
Entrance masuk ke Flora Park Cameron Highlands. Kaunter tiket di sebelah kanan.

Bergambar Selama 4 Jam

Saya beritahu pada isteri, alang-alang kita dah sampai dan lepas tu nak terus balik KL. Tak perlu nak kelam kabut. Take your time. Enjoy dan kita stay lah sampai tutup. Haha.

Saya dan isteri pusing-pusing dan explore hampir ke semua penjuru dalam taman bunga Flora Park. Hampir semua tempat juga kami bergambar. Cuma sayangnya, pada waktu tersebut Taman Sakura masih under construction.

Boleh dikatakan kami stay dalam Flora Park tu sampai dekat-dekat nak tutup jugak. 4 jam jugaklah saya melayan isteri saya tangkap gambar. Haha. Nasib baik kami datang pun tengahari, kalau datang dari pagi, rasanya 8 jam jugak duduk dalam tu haha.

Apa Yang Ada Dalam Flora Park?

  • Pelbagai jenis bunga yang ditanam dan disusun dengan cantik.
  • Ada juga rumah Hobbit. Untuk masuk ke kawasan rumah Hobbit ada bayaran lain dan perlu beli pakej yang mana anda akan dihidangkan dengan teh dan kek dan pastries. Harga adalah mengikut menu. Untuk 2 – 4 orang, ada menu berharga RM288. Anda boleh meluangkan masa selama 2 jam di rumah Hobbit tersebut. Bilangan rumah Hobbit ini terhad iaitu 5 buah sahaja. Jadi jika anda datang pada hari cuti umum atau weekend, mungkin lebih baik anda booking terlebih dulu.
  • Ada 2 kafe satu di bahagian bawah dan satu lagi di atas puncak bukit.
Sebahagian kawasan berbunga yang berbumbung, jadi kalau hujan pun kita tak perlu risau. Masih boleh bergambar.
View ni memang cantik. Tapi tangga tu bukanlah sampai atas puncak. Tangga hiasan ja untuk bergambar. Ada tangga lain untuk naik atas bukit.
Ini view waktu half-way kami nak pergi ke cafe atas bukit. Yang berbumbung di bawah tu adalah kawasan bunga-bunga indoor.
Mendaki untuk ke cafe.
Kawasan rumah Hobbit ni hanya boleh masuk kalau kita booking pakej high tea.
Antara menu high tea yang disediakan untuk pakej rumah Hobbit.
Menu high tea yang disediakan untuk pakej rumah Hobbit.
Kafe ini terletak bersebelahan dengan kawasan rumah Hobbit.

Lain-lain

Jika anda bercadang untuk ke flora park, pastikan bateri handphone anda dicas penuh. Sebab anda akan ambil banyak gambar. Standby powerbank.

Similar Posts

Leave a Reply