Koh Lipe: Diberi Jolokan Maldives Kerana Keindahannya

Koh Lipe merupakan antara pulau favorite untuk kaki diving dan snorkelling.
Alhamdulillah saya pernah sampai ke Koh Lipe dan nak berkongsi sedikit pengalaman di sana.
‘Koh’ ni dalam bahasa Thailand bermaksud ‘pulau’. Jadi dalam bahasa Melayunya bila diterjemahkan menjadi Pulau Lipe.
Apa Maksud Off-Season di Thailand?
Saya travel ke sana pada waktu off-season. Di Thailand, waktu off-season adalah dari May – September.
Maksud off-season di Thailand bukanlah seperti musim off-season di pulau-pulau di Terengganu dan Johor yang terpaksa tutup disebabkan musim tengkujuh. Off-season di Thailand bermaksud pelancong dari Eropah tidak datang ke Thailand pada waktu ini disebabkan cuaca di Eropah bukan winter.
Peak season di Thailand adalah apabila berlakunya winter (musim sejuk/salji) di Eropah. Pelancong Eropah nak lari dari musim winter ni. Jadi mereka ini akan travel ke negara cuaca panas sepereti ke Thailand & negara-negara lain. Jadi apabila pelancong Eropah tidak ada di sini, tempat-tempat pelancongan di Thailand kebanyakkannya menjadi kosong. Terutamanya pulau-pulau. Sebab itu ia digelar OFF-SEASON.
Travel waktu off-season ni ada pros and cons nya. Kebaikannya adalah harga hotel jadi sangat murah. Bahkan kita boleh tawar-menawar lagi. Jadi tipsnya adalah jangan booking online. Kalau online harga mahal. Better walk-in. Jangan risau hotel banyak.
Keburukannya pula adalah suasana sunyi dan tak meriah. Kedai-kedai & restoran banyak yang tutup. Bukanlah semua kedai tutup, masih ada kedai yang dibuka. 7-Eleven pun ada.
Kalau kita pergi untuk enjoy the nature dan relax santai-santai, memang tiada sebarang masalah untuk travel sewaktu off-season.


Ada beberapa pantai di Koh Lipe. Boleh cuba menginap di area pantai Pattaya (Pattaya Beach). Hotel-hotel yang cantik dan mahal ada di pantai ni. Kalau travel sewaktu off-season jangan lupa untuk tawar-menawar harga. Tak perlu booking online melalui Agoda, atau trivago, just walk-in saja.
Tapi kalau di luar musim off-season, WAJIB booking terlebih dahulu.
Bagaimana Nak ke Koh Lipe?
Kuala Lumpur >> Perlis >> Wang Kelian (Border of Malaysia-Thailand) >> Pak Bara Piers >> Koh Lipe
Drive Sendiri Merentas Sempadan
Untuk pengetahuan semua lebuhraya Thailand tidak ada tol. Jarak untuk sampai ke jeti Pak Bara dari sempadan Wang Kelian, Perlis adalah lebih kurang 90 km saja.
Harga Speedboat
Untuk pergi-balik dari Pak Bara ke Koh Lipe adalah 1200 Baht.
Persoalannya, cantik sangatkah Koh Lipe ni?
Dari segi kejernihan air, laut di Koh Lipe ni memang cantik. Mungkin sebab itulah ianya digelar sebagai Maldives of Thailand.
Saya belum cukup rezeki lagi untuk sampai ke Maldives. Tapi dari gambar-gambar dan video Maldives yang orang share, memang nampak cantik.
Jadi bila Koh Lipe ni disamakan seperti Maldives, bermaksud cantiklah Koh Lipe ni.
Cuma ada satu perkara yang saya tak berapa suka tentang Pantai Pattaya tempat hotel saya ni. Pantainya ada banyak batu karang kecik yang mati. Batu karang bila mati berwarna hitam. Bagi saya ini mencacatkan pemandangan sikit lah, tak berapa cantik.
Selain tu, bila pantai tu berbatu karang, kita nak mandi-mandi tepi laut sambil layan sunset pun akan kurang seronok sebab kaki sakit ditikam batu karang. Bagi peminat mandi pantai, akan spoil sikitlah. Sebab tu lah saya prefer Pulau Perhentian di Terengganu.
Cuma ada juga cerita daripada kawan-kawan mengatakan pantai-pantai lain di Koh Lipe kurang berbatu berbanding Pantai Pattaya. Wallahua’lam.
Pantai selain Pattaya:
- Billa
- Sanom
- Sunset
- Sunrise
Namun begitu, Pantai Pattaya adalah pantai paling besar dan paling meriah jika dibandingkan dengan 4 pantai tersebut.
Snorkelling
Tidak sahlah ke pulau kalau tak snorkelling kan. Harga snorkelling di sini sekitar RM40-60. Ada juga pakej yang lagi mahal. Bezanya, lagi mahal lagi banyaklah tempat yang dia akan bawak kita untuk snorkelling.






13 Tips Melancong ke Pulau Perhentian Kecil? - Passport18
[…] peribadi saya rasa Pulau Perhentian lebih seronok berbanding Koh Lipe. Mungkin sebab saya suka pulau yang relaxing dan tak terlampau crowded atau terlampau banyak kedai. […]